Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengganti Nintendo Switch Mungkin Lancar 2024, Kit Development Sudah Ada Pada Pembangun!

Maira by Maira
August 1, 2023
in Artikel, Berita, Game, Konsol
0 0
0
Pengganti Nintendo Switch Mungkin Lancar 2024, Kit Development Sudah Ada Pada Pembangun!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya ramai yang sudah mendengar dan membaca tentang khabar angin mengenai pengganti Nintendo Switch yang dikatakan akan lancar pada 2024. Tetapi ada beberapa berita baharu mengenainya yang telah didedahkan.

Dilaporkan oleh VGC, sumber mereka mengatakan bahawa konsol baru Nintendo mungkin dilancarkan dengan skrin LCD untuk mengurangkan kos, berbanding skrin OLED yang digunakan pada konsol Switch terbaru. Dikatakan pengurangan kos itu dilakukan untuk meningkatkan saiz storan yang diperlukan untuk game yang mempunyai fidelity yang tinggi. Konsol baru ini juga mengekalkan slot kartrij untuk game fizikal.

Bukan setakat itu sahaja, dilaporkan bahawa kit development konsol baru Nintendo tersebut telah pun diberikan kepada studio-studio pembangun utama Nintendo. Jadi berkemungkinan sudah ada game yang dibangunkan untuk tersedia apabila konsol tersebut lancar nanti. Buat masa ini, masih tidak jelas jika konsol ini mampu untuk menyokong game Switch. Nintendo pernah menyatakan bahawa mereka ingin membawa pangkalan data Switch ke sistem yang seterusnya.

Satu lagi sumber daripada Eurogamer pula melaporkan bahawa konsol Nintendo ini akan dilancarkan pada pertengahan 2024 dan masih boleh dimainkan dengan mode handheld. Bermakna konsol baru tersebut masih mempunyai ciri yang sama seperti Switch.

Walaupun begitu, ini semua masih lagi khabar angin daripada pelbagai sumber. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada Nintendo nanti. Apa penambahan yang ada inginkan dalam konsol baru Nintendo ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen!

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KonsolnintendoPengganti Switch
ShareTweetSend
Previous Post

Isu bateri selalu overheat? Ciri Bypass Charging dalam Infinix Note 30 boleh membantu!

Next Post

Diablo IV beri buff pada Barbarian & Sorcerer — info patch 1.1.1!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun
Berita

Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun

June 3, 2025
Next Post
Diablo IV beri buff pada Barbarian & Sorcerer — info patch 1.1.1!

Diablo IV beri buff pada Barbarian & Sorcerer — info patch 1.1.1!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd