Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penggambaran The Witcher musim 3 terpaksa ditangguhkan sebab COVID-19

safwan by safwan
July 28, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Penggambaran The Witcher musim 3 terpaksa ditangguhkan sebab COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix mengumumkan bahawa penggambaran The Witcher musim 3 terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu atas sebab COVID-19. Hal ini kerana, terdapat khabar angin yang mengatakan pelakon utama Henry Cavill yang membawa watak Geralt telah positif dalam ujian COVID-19.

Namun, Netflix tidak mengesahkan sama ada Henry Cavill positif atau tidak menurut The Hollywood Reporter. Ini bukan kali pertama penggambaran untuk siri ini ditangguhkan. Sebelum ini musim kedua bagi siri ini telah ditangguhkan atas sebab yang sama iaitu COVID-19. Disebabkan penangguhan tersebut, The Witcher musim 2 telah dikeluarkan lewat pada Disember 2021.

Khabar angin telah disebarkan sejak minggu lepas lagi apabila Henry Cavill tidak hadir semasa Comic-Con 2022 di San Diego. Apabila perkara ini berlaku, terdapat beberapa peminat kecewa tentang masa depan Superman. Menurut beberapa laporan, pelakon tersebut sememangnya tidak akan muncul dalam acara tersebut sebaliknya hanya DC atau Warner Bros. sahaja.

Menurut Netflix, penggambaran akan disambung secepat yang boleh. Tetapi mereka tidak memberikan tarikh menyambung penggambaran siri itu. Hal ini kerana, untuk menyambung penggambaran, ia memerlukan banyak masa untuk pastikan pelakon-pelakon mereka dalam keadaan yang baik. Bukan itu sahaja, setiap daripada pelakon juga memerlukan tenaga untuk memberikan prestasi yang cukup baik.

Netflix The Witcher adalah satu siri TV yang sangat terkenal. Tambah lagi, ia berdasarkan buku original The Witcher dan game yang dibangunkan CD Projekt Red, sudah pasti ramai peminat akan layan adaptasi live action yang dibawakan oleh Netflix.

Buat masa sekarang, The Witcher musim 3 masih tidak mempunyai tarikh pengeluaran dan penggambarannya pula terpaksa ditangguhkan atas sebab COVID-19. Jadi, memang tidak boleh buat apa selain membuat kuarantin diri dan menjaga kesihatan masing-masing. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai siri TV, filem, anime dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The WitcherThe Witcher NetflixThe Witcher series
Previous Post

Artis VFX dakwa Marvel buli syarikat VFX, sampai ada yang kena blacklist!

Next Post

Interview D&D ‘Journeys Through the Radiant Citadel’ bersama Pam Punzalan

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Interview D&D ‘Journeys Through the Radiant Citadel’ bersama Pam Punzalan

Interview D&D 'Journeys Through the Radiant Citadel' bersama Pam Punzalan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd