Bulan Jun yang lalu, kita telah didedahkan dengan set penggambaran siri adaptasi live action Netflix One Piece. Kini, dilaporkan bahawa penggambaran untuk siri tersebut telah pun tamat. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Melalui What’s On Netflix, siri live action One Piece yang dihasilkan oleh Tomorrow Studios telah tamatkan penggambaran untuk musim pertama adaptasi itu. Kalau anda ingin tahu, studio itu jugalah yang turut menghasilkan adaptasi Cowboy Bebop Netflix. Para pelakon yang terlibat juga ada mengongsikan perasaan mereka di akaun media sosial masing-masing berkenaan penglibatan mereka dalam siri tersebut.

Dengan berakhirnya penggambaran live action One Piece ini, mungkin kita akan dapat melihat trailer-nya tidak lama lagi. Kalau dapat teaser pun tidak menjadi masalah. Kita berikan masa beberapa bulan untuk pasukan produksi mengedit visual siri tersebut. Dapat jugalah kita melihat para pelakon dengan kostum watak masing-masing.
Untuk pengetahuan anda, barisan pelakon utama untuk Straw Hat Crew telah lama diumumkan. Anda boleh rujuk artikel kami melalui pautan ini.

Bercerita tentang jumlah episod, semasa siri ini diumumkan ia akan mempunyai 10 episod yang tersedia dan akan mengadaptasi daripada mula sehinggalah pertarungan bersama Arlong. Tetapi ada juga yang mengatakan jumlah episod itu telah dipendekkan kepada lapan episod. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada Netflix nanti.
Jadi geng One Piece, anda rasa bila Netflix akan keluarkan trailer live action ini? Harap-harap ia tidaklah mengecewakan sangat. Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post