Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengarah anime Boruto ingin saman studio kerana tidak bayar gaji

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 9, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Pengarah anime Boruto ingin saman studio kerana tidak bayar gaji
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun industri anime semakin meluas dengan kehadiran Demon Slayer dan Jujutsu Kaisen, tetapi ramai yang bekerja di sebalik tabir anime kegemaran kita masih bergelut dengan jadual yang ketat, gaji rendah dan masalah-masalah lain. Baru-baru ini, pengarah Taiki Nishimura yang bertanggungjawab untuk anime Boruto: Naruto Next Generations, Ergo Proxy, dan Seven Deadly Sins: Imperial Wrath of Gods berkongsi di Twitter bahawa dia akan saman sebuah studio animasi kerana gaji tidak dibayar.

https://twitter.com/taiki_nishimura/status/1500156997844746240

Walaupun Nishimura tidak menjelaskan studio mana yang belum membayar perkhidmatannya, dia memberitahu bahawa dia sanggup menyaman organisasi tersebut jika gajinya tidak dibayar:

“Saya akan melakukannya. Syarikat yang menghasilkan anime yang tidak membayar yuran produksi selama dua setengah tahun lalu, akan diterbitkan dalam majalah mingguan umum bersama nama sebenar mereka. Selepas berunding dengan peguam dan lain-lain, kami juga akan mempertimbangkan prosiding jenayah.”

Taiki Nishimura

Selain itu, Nishimura juga menyatakan bahawa dia terpaksa menyaman “kesatuan buruh bagi syarikat tersebut” kerana pengedaran media yang didakwa dia tidak mengambil kira bayaran yang sudah dibayar kepadanya:

Nishimura itu juga ingin menyaman kesatuan buruh bagi syarikat tersebut dan syarikat pengedaran yang terlibat selepas mereka mengeluarkan DVD bagi siri itu tanpa menjelaskan pembayaran.

“DVD sedang diedarkan tanpa bayaran, dan kami akan menyaman kesatuan buruh syarikat induk dan setiap syarikat pengedaran terlebih dahulu. Anda memandang rendah kami, ingat.”

Nishimura tidak pernah segan untuk meluahkan dilemanya dalam khayalak umum. Sebelum ini, dia pernah meluahkan keinginan untuk mengubah industri anime, dan menyatakan perkara berikut:

“Saya ingin melakukan yang terbaik untuk membantu meluruskan industri ini yang penuh dengan gangguan seksual dan gangguan kuasa. Dengan berbuat demikian, saya akan kehilangan kerja (senyuman yang janggal). Saya ingin membetulkan masalah dengan bantuan Persatuan Pengarah Jepun.”

Seperti saya kata tadi, Nishimura tidak menamakan studio berkenaan tetapi memandangkan dia hanya berurusan dengan studio Pierrot sejak kebelakangan ini, yang menghasilkan anime Naruto, Boruto: Naruto Next Generations dan Bleach -mereka kini menjadi suspek utama untuk beliau meneruskan undang-undang saman.

Untuk segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Sumber: Anime Hunch

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutosaman
Previous Post

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Mac 2022!

Next Post

Apple memperkenalkan barisan terbaru iPhone 13, SE dan iPad Air!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apple memperkenalkan barisan terbaru iPhone 13, SE dan iPad Air!

Apple memperkenalkan barisan terbaru iPhone 13, SE dan iPad Air!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd