Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Santai di Comic Fiesta 2023! Lebih Teratur, Penuh Persembahan Hebat!

Maira by Maira
December 25, 2023
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Game, Komik, Manga, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Pengalaman Santai di Comic Fiesta 2023! Lebih Teratur, Penuh Persembahan Hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara ACG terbesar Malaysia, Comic Fiesta 2023 sudah pun tamat secara rasmi pada hujung minggu yang lalu. Kami pasti ramai antara anda menghadirinya dan mempunyai banyak cerita menarik sepanjang acara. Berbanding tahun lepas, CF 2023 nampaknya lebih teratur malah membawa beberapa kelainan yang sememangnya menyeronokkan buat peminat ACG. Jom kami ceritakan serba sedikit pengalaman santai kami sepanjang Comic Fiesta 2023!

Comic Fiesta 2023
Sumber: Gamer Santai

Berbanding dengan pembelian tiket sebelum ini, Comic Fiesta 2023 memperkenalkan sistem RFID untuk pengimbasan yang mudah semasa masuk ke dewan pameran. Sama seperti tahun lepas, tiada penjualan tiket di acara kecuali tiket kanak-kanak dan OKU. Pada awal pagi hari pertama, memang barisannya lebih panjang walaupun begitu, ia tidaklah seteruk tahun lepas malah lebih teratur, ditambah pula dengan tracker untuk penamat barisan. Dengan dewan mula dibuka, perjalanan masuk ke dewan lebih cepat menjelang tengah hari, membolehkan akses lancar tanpa menunggu di bawah matahari dengan lama.

Comic Fiesta 2023
Sumber: Gamer Santai

Susun atur booth lebih rasional berbanding tahun lepas. Terutama untuk gerai yang sentiasa sesak seperti hololive Meet dan Coffytiam, penganjur bijak menyuraikannya di seluruh kawasan pintu masuk, mengelakkan barisan panjang dan membolehkan para hadirin menikmati pameran kegemaran mereka dengan mudah tanpa menunggu terlalu lama.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan Kafeteria KLCC di tingkat satu, menyediakan ruang untuk hadirin yang letih atau lapar membeli makanan dan berehat. Kawasan ini juga digunakan untuk beratur awal ke persembahan pentas, meminimumkan gangguan kepada peserta lain.

Sumber: Gamer Santai

Seperti tahun-tahun sebelum ini, peserta boleh mendapatkan buku rasmi acara yang menyediakan panduan komprehensif, termasuk pelan lantai, senarai peserta pameran, lokasi booth Coser, dan jadual untuk acara. Buku kecil yang berguna ini membantu para hadirin mencari booth yang mereka inginkan dengan cepat.

Comic Fiesta 2023 menampilkan pelbagai jenis pempamer, Coser dan fan booth. Syarikat-syarikat utama seperti Guardian x Spyhouse, MTG, Yu-Gi-Oh dan juga penampilan sulung SEGA juga membawakan sesuatu yang peminat-peminat ACG. Para hadirin berpeluang mencuba game yang belum dikeluarkan iaitu Like A Dragon: Infinite Wealth dan Persona 3 Reload serta mendapatkan beberapa hadiah menarik di booth tersebut.

Selain itu, Bandai Namco, Banpresto dan Good Smile Company turut membuka booth yang menarik perhatian ramai peminat. Dengan pelbagai tarikan daripada pelbagai aspek, acara ini sememangnya menjadi acara yang dinikmati lebih ramai peminat ACG.

Populariti Vtubers yang semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini terbukti di Comic Fiesta 2023, dengan Vtubers Jepun dan tempatan mengambil bahagian. Berbanding tahun lepas, booth holo Meet tahun ini tidak mempunyai TV yang besar dan menunjukkan avatar mereka untuk kami ambil gambar. Malam pertama menampilkan konsert “viv:ID CRUISE hololive Meet Asia Tour”, menarik peminat yang tidak sabar menanti persembahan.

🎉🎉 #vivid_CRUISE LAST STOP! COMIC FIESTA 2023! 🎉🎉

Thank you for joining us and celebrating the end of 2023 with the viv:id CREW!

We look forward to seeing you again next year!

📅 December 23-24, 2023
📍 Kuala Lumpur Convention Centre

Tweet your memories and experiences… pic.twitter.com/zdPC0FBKoW

— hololive Indonesia (@hololive_Id) December 25, 2023

Hari kedua pula menampilkan persembahan solo daripada Vtuber Myholo TV, Liliana Vampaia. Ini merupakan persembahan solo 3D oleh Lili, yang turut mendedahkan model 3D pertama Lili selepas projek pengumpulan dana dilakukan pada tahun lalu. Dapat juga kami melihat Lili mempersembahkan lagu opening BoBoiBoy Galaxy “Dunia Baru”, dan lagu lain seperti Butterfly!

Lili sings Boboiboy Galaxy opening at COMIC FIESTA?! https://t.co/euAFgNVwqj

— 🦇 Liliana Vampaia (吸血鬼 リリアナ) 🦇 【VOGI】 (@lilianavampaia) December 24, 2023

Bukan setakat itu sahaja, pentas juga dimeriahkan dengan lebih banyak panel untuk tetamu. Tokoh terkenal daripada industri anime, termasuk pengarah Studio TRIGGER Yoshinari Yoh dan penerbit Naoko Tsutsumi, berkongsi pengalaman mereka di atas pentas.

Comic Fiesta 2023
Sumber: Gamer Santai

Artis manga terkenal, pembuat filem dan pelakon suara hadir, menjadikan aktiviti pentas menjadi pelbagai dan menarik. Kehadiran Aki Hamazi, pencipta “Bocchi the Rock,” turut menambahkan sentuhan istimewa pada acara tersebut.

Sumber: Gamer Santai

Pengalaman konsert, yang menampilkan artis Sacra Music ASCA dan spira spica, merupakan kemuncak pada hari kedua. Planery Hall KLCC direka bentuk lebih seperti ruang konsert, membenarkan penonton duduk, mewujudkan persekitaran yang selesa untuk pengunjung menikmati persembahan hebat daripada mereka. Peminat yang bertuah masih menunjukkan semangat hebat sepanjang persembahan selama dua jam itu.

Sumber: Comic Fiesta

Penyanyi-penyanyi mempersembahkan lagu-lagu terkenal dan juga memuatkan lagu-lagu anime klasik, menambah sentuhan peribadi dengan bercakap beberapa frasa bahasa Melayu yang mudah dan sapaan dalam bahasa Inggeris. Antara highlight semasa persembahan tersebut adalah persembahan duet untuk lagu Blue Bird, lagu tema Naruto Shippuden, di mana peminat turut bernyanyi sama-sama. Sebagai peminat anime, ia adalah pengalaman yang menyentuh emosi yang meninggalkan kesan yang berkekalan.

Tidak sabar untuk melihat apa yang akan dibawa pada acara Comic Fiesta pada tahun yang akan datang. Kami memang nikmati acara ini walaupun kaki rasa seperti mahu tercabut. Kalau anda ingin membaca liputan lain kami sepanjang acara, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CF2023Comic FiestaComic Fiesta 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Cosplay Kegemaran Kami Di Comic Fiesta 2023!

Next Post

Frieren: Beyond Journey’s End Akan Kembali pada 5 Januari, Trailer & Visual Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Frieren: Beyond Journey’s End Akan Kembali pada 5 Januari, Trailer & Visual Didedahkan!

Frieren: Beyond Journey’s End Akan Kembali pada 5 Januari, Trailer & Visual Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd