Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[G-STAR 2019] Pengalaman mencuba mobile RPG baru, Exos Heroes! Disediakan untuk Android & iOS!

Global launch akan keluar pada awal 2020.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 19, 2019
in Acara, Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
[G-STAR 2019] Pengalaman mencuba mobile RPG baru, Exos Heroes! Disediakan untuk Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Exos Heroes, sebuah mobile RPG yang dibangunkan oleh OOZOO, akan membuat kemunculan di Android dan iOS pada 21 November 2019 di Korea Selatan. Pelancaran global pula akan dilaksanakan pada awal 2020.

Permainan ini mempunyai seramai 200 hero yang pemain dapat mengumpul, di mana semuanya telah di-render dalam 3D yang berbeza daripada karya seni asal. RPG yang mengutamakan naratif ini memberi tumpuan yang besar kepada jalan cerita, yang dijanjikan oleh developer akan menjadi sangat imersif dan menarik perhatian.

Pertempuran bersifat turn-based dan taktikal, dan anda perlu mengambil kesempatan daripada kelemahan musuh untuk menang. Pertempuran auto adalah satu pilihan di sini, tetapi kami menganggap ini hanya efektif pada peringkat awal di mana anda perlu untuk farm atau apabila gear berada pada level tertentu.

Dunia Exos Heroes cukup besar dan anda akan menghabiskan sedikit masa merentasi peta yang penuh dengan butiran cantik. Semasa anda bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, terdapat juga “random encounter”. Bahagian permainan ini juga berfungsi secara automatik ke satu tahap yang tertentu kerana party anda akan mengembara peta untuk mengumpul item dan EXP. Jadi ciri AFK farming akan hadir bagi mereka yang ingin mengoptimumkan waktu permainan.

Jika anda bosan dengan single-player campaign, anda boleh menguji kehebatan anda di PVP, walaupun tiada butiran telah didedahkan oleh developer pada masa ini. Dari apa yang saya telah lihat setakat ini, permainan video ini akan dibentukan menjadi satu judul yang agak menarik dengan nilai produksi yang tinggi. Kami akan memberi maklumat lanjut tentang permainan ini apabila pelancaran global makin hampir pada tarikh yang ditetapkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Exos Heroesmobile RPGOOZOO
Previous Post

Valve mengumumkan game Half-Life terbaru akan datang dan kali ini versi VR!

Next Post

BRAWLHALLA nampaknya akan ke platform Mobile tahun 2020 dan ia adalah Free-to-Play!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
BRAWLHALLA nampaknya akan ke platform Mobile tahun 2020 dan ia adalah Free-to-Play!

BRAWLHALLA nampaknya akan ke platform Mobile tahun 2020 dan ia adalah Free-to-Play!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd