Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman kami di NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition – Dattebayo!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Tempatan
0 0
0
Pengalaman kami di NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition – Dattebayo!
Share on FacebookShare on Twitter

Khas untuk peminat anime dan penggemar ninja, Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition yang diadakan sejak 7 Oktober sehingga 31 Disember 2023 di Pavilion Bukit Jalil.

Seperti namanya, pameran ini dibuat untuk menyambut ulangtahun ke-20 siri anime terkemuka tersebut dan menjanjikan pengalaman yang unik buat peminat, di samping menawarkan peluang untuk menghidupkan semula adegan-adegan ikonik, berubah menjadi ninja dan membeli-belah barangan eksklusif di kedai istimewa.

Kami menerima peluang awal untuk sertai keseronokan NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition; yang sebenarnya dibahagikan kepada beberapa segmen dan aktiviti menarik. Secara keseluruhan, ia menampilkan set 3D, galeri alatan ninja dan pengalaman VR yang pasti menggembirakan para peminat dan membolehkan mereka berinteraksi dengan watak kegemaran dari dunia NARUTO dan BORUTO.

Ingin tahu apa yang ada di dalam? Berikut antara sorotan pengalaman.

Pameran ini memaparkan lapan adegan klasik ciptaan semula dari siri anime NARUTO, yang dilengkapi dengan dengan kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan termasuk alami pertarungan Naruto dan Sasuke di Final Valley, Naruto duduk bersendirian di atas buaian, penampilan pertama Naruto Sage Mode, detik terakhir Itachi dan Sasuke membuka “Mangekyo Sharingan” buat kali pertama, terperangkap dalam “Curse Sealing” Kakashi, Five Kage melawan Uchiha Madara, Naruto dan Boruto bekerjasama untuk mencipta Rasengan, dan pejabat Hokage ke-7 daripada siri Boruto.

Secara ringkas, adegan di atas akan merangkumi daripada beberapa segmen, aktiviti dan juga diorama berbeza.

Selain yang saya sebutkan tadi, kita turut dapat melihat adegan-adegan ikonik lain daripada siri anime yang terdiri daripada tayangan klip-klip pendek di TV. Majoriti adegan terdiri daripada kata-kata semangat dan tidak pernah putus asa oleh protagonis kita dan rakan-rakan; yang sepatutnya membangkitkan lagi rasa nostalgia dalam diri pengunjung lagi-lagi apabila digandingkan dengan momen gempak.

Antara adegan yang saya lihat termasuk:

Naruto: Alright. If that’s what being wise means then I’ll remain a fool my entire life.

Kakashi: A ninja must see through deception. In the ninja world, those who break the rules and codes are branded as garbage. But those who don’t cherish their friends are worse than garbage.

Tsunade: All things that have form eventually decay but …after all, these are feelings that won’t decay.

Sasuke: I lost everything once. I don’t want to see any precious comrades die right before my eyes again.

Segmen seterusnya ialah pameran senjata dan perkara pertama yang menarik perhatian saya adalah pedang Samehada milik Kisame dan tongkat adamantine milik Hokage ke-3. Bukan itu sahaja, pameran ini menunjukkan skrol besar yang digunakan untuk menyeru pelbagai jenis senjata milik Tenten dan Demon Wind Shuriken yang dipopularkan oleh Sasuke.

Selain senjata-senjata terkenal, pameran juga menampilkan barangan lain seperti flash bomb, paper bomb, salah satu tag rahsia (secret treasure of the toads) yang digunakan oleh Naruto semasa mengasah ilmu senjutsu, jampi untuk menahan Kurama, pil berwarna tiga dan sudah tentu, kunai.

Di samping itu, pameran ini juga merangkumi lima pengalaman interaktif yang membolehkan kita berubah menjadi ninja dan melakukan pelbagai Jutsu. Aktiviti tersebut termasuk foto cenderahati bersama “Great Lord Elder”; melakukan teknik “Ninja Art: Super Beast Scroll” milik Sai untuk menyeru makhluk demi mendapatkan gambar bersama; “Light Box Paper Door,” yang meminta kita meneka watak melalui siluet mereka; menggunakan Kuchiyose no Jutsu untuk menyeru di platform khas, dan belajar memakai Rasengan dalam latihan khas.

Selepas pameran, pengunjung digalakkan untuk menerokai kedai pop-up, di mana mereka boleh membeli barangan-barangan edisi terhad. Daripada alat tulis, beg dan kemeja-t eksklusif hinggalah ke poster dan figura edisi terhad, barang-barang ini boleh didapati secara eksklusif di pameran, menjadikannya koleksi mesti ada untuk peminat.

Pengalaman VR

Untuk pengalaman VR, terdapat dua aktiviti untuk anda cuba.

Pertama, kita perlu membantu para saintis di Konoha menjalankan beberapa eksperimen dan tugas kita termasuk meneroka kampung, melontar rasengan ke musuh, menggunakan pedang chakra dan berlawan bos terakhir iaitu Shukaku.

Untuk pengalaman VR kedua, kita boleh menukar ke avatar watak naruto dan melakukan beberapa pose dan mengambil gambar serta mini-game membaling Rasengan ke dinding.

Tiket

Sekali lagi saya ingatkan, NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition sedang berlangsung sekarang hingga 31 Disember 2023 di Pavilion Bukit Jalil. Pengunjung boleh ,mendapatkan tiket awal pada harga berikut:

RM58 atau RM88 untuk pakej gabungan Tiket Pameran + Tiket VR. Tiket untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh dibeli pada harga RM18 atau RM48 untuk pakej Tiket Pameran + Tiket VR.

  • Pameran sahaja (tempah online)
    • Dewasa – RM68
    • Warga Asing – RM78
    • Kanak-Kanak – RM28
  • Pameran + VR (tempah online)
    • Dewasa – RM98
    • Warga Asing – RM108
    • Kanak-Kanak – RM48
  • Pameran sahaja (walk-in)
    • Dewasa – RM78
    • Warga Asing – RM88
    • Kanak-Kanak – RM38
  • Pameran + VR (walk-in)
    • Dewasa – RM108
    • Warga Asing – RM118
    • Kanak-Kanak – RM58

Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan tiket, sila klik di sini.


Dapatkan segala berita kami tentang fancais Naruto di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenarutoNARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibitionpameran
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Time to Feast! Astral Express Pit Stop x La Juiceria Malaysia — Info Penuh Acara!

Next Post

Jujutsu Kaisen 238: Sukuna Tidak Boleh Dihentikan! Itadori Akhirnya Tiba! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen 238: Sukuna Tidak Boleh Dihentikan! Itadori Akhirnya Tiba! [SPOILER]

Jujutsu Kaisen 238: Sukuna Tidak Boleh Dihentikan! Itadori Akhirnya Tiba! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd