Set terbaharu ‘Magic The Gathering: March of the Machine‘ akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi, dan kami bernasib baik untuk menerima jemputan daripada Wizard of the Coast bagi menghadiri acara pra-lancar untuk kemas kini itu pada minggu lepas. Sudah tentu, wakil kami menghadiri acara itu untuk berkongsi pengalaman seronoknya bersama pembaca semua.

Tibanya di acara

Berlangsung di Kings Hall, Petaling Jaya, acara ini diadakan untuk meraikan pra-pelancaran set March of the Machine – iaitu kesimpulan epik kepada saga Phyrexia. Dengan banyak watak ikonik yang kembali, mekanik baharu dan macam-macam lagi, peserta acara dapat mencuba kad dalam set terbaharu secara langsung.

Dari segi rekaan, lokasi acara cuba untuk mereplikasi tema March of the Machine. Di dalam dewan – loceng berbunyi yang berfungsi sebagai amaran kepada pencerobohan Phyrexia akan datang.
Para peserta diminta untuk berpindah ke ‘alam’ (bilik) seterusnya. Sementara menunggu askar Phyrexia tiba, kami diberikan pembentangan khas oleh Kenneth Ong, Pengurus Jenama Serantau untuk Wizards of the Coast SEA.
Pembentangan itu sendiri pun nampak sangat menarik dan penuh dengan info-info penting, trailer CG istimewa, dan infografik (seperti peta) yang menunjukkan berapa banyak alam dan dunia telah jatuh ke tangan para Phyrexia.

Selepas gagal memujuk para peserta untuk menyertai pihak Elesh Norn (ketua New Phyrexia), kami dikumpulkan untuk mencuba permainan Pandemic yang bertemakan Phyrexia. Ini merupakan aktiviti ‘ice-breaker’ istimewa di mana peserta perlu bekerjasama dalam pasukan yang terdiri daripada tiga orang dan menyelamatkan alam berbeza daripada musnah.
Di sini, peserta terpaksa bergerak antara dunia MTG yang berbeza demi mencari dan membawa pulang Sylex (sejenis artifak khas) sambil memastikan kerosakan berada di tahap minimum. Jika terlalu banyak dunia dimusnahkan, maka itu bermaksud peserta akan kalah.
Sesi mencuba set March of The Machine

Memandangkan sesi ‘Ice-Breaking’ dan pengenalan telah tamat, akhirnya kita boleh mencuba set March of the Machine.
Daripada segi gameplay, ia sebenarnya tidak terlalu sukar untuk menggunakan set Phyrexia kerana kebanyakan kad mempunyai mekanik lebih kurang sama – banyak kad sama ada boleh berubah menjadi versi Phyrexia atau menggunakan abiliti Incubate untuk melahirkan lebih ramai askar Phyrexia bagi membanjiri papan permainan.
Menggunakan ilmu yang dia ada, wakil kami menyusun dek ‘Red-Green‘ optimum. Katanya, dia bernasib baik kerana berjaya mendapat beberapa kad hebat daripada set – seperti ‘Etali‘ baharu, ‘Primal Conqueror‘ serta ‘Urabrask‘ dan ‘Vorinclex‘.

Khususnya, set Mac of the Machine benar-benar bagus untuk playstyle yang lebih bersifat ‘mendominasikan musuh’ dan wakil kami berjaya memenangi perlawanan pertama dengan ‘City On Fire enchantment‘, yang menggandakan damage sebanyak tiga kali dan menggunakan ‘Tangled Skyline enchantment‘ untuk memastikan semua askar Phyrexia yang dia miliki (dihasilkan daripada abiliti Incubate) boleh menghalang serangan musuh yang menjengkelkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kami kepada Wizards of the Coast SEA kerana menjemput kami ke acara hebat ini!
Saya ingin ingatkan, March Of The Machine akan dilancarkan di Malaysia pada 21 April 2023 dalam pelbagai Draft Booster, Set Booster, Collector Booster, Jumpstart Booster, Welcome Booster, Commander deck, Bundle dan Secret Lair.
Untuk baca segala liputan kami tentang MtG, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post