Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman HoYo FEST 2023 — Bukan Lagi Kafe, Acara Besar-besaran Untuk Peminat!

Maira by Maira
August 3, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Game, Mobile, PC, PS4, PS5
0 0
0
Pengalaman HoYo FEST 2023 — Bukan Lagi Kafe, Acara Besar-besaran Untuk Peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYo Fest kembali lagi ke Malaysia! Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, acara besar-besaran ini menjemput pemain-pemain di seluruh Malaysia menikmati pengalaman HoYoverse secara percuma, dan bukan lagi memerlukan pemain untuk menempah tempat. Berlangsung sejak 1 Ogos yang lalu, HoYo FEST 2023 telah menerima sambutan yang begitu hangat tidak kiralah muda atau dewasa. Kami juga sudah tentu tidak melepaskan peluang ini untuk ke acara tersebut. Jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami semasa HoYo FEST 2023!

Kalau sebelum ini berkonsepkan kafe, HoYo Fest 2023 hadir dengan konsep seperti acara ACG yang berlangsung setiap bulan. Tetapi acara ini meliputi segala game yang dibangunkan oleh HoYoverse seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3rd, Honkai: Star Rail, Tears of Themis dan juga Zenless Zone Zero, game baharu HoYoverse yang akan dilancarkan pada awal 2024. Terdapat juga booth Lumi_N0va yang merupakan aplikasi wallpaper khas HoYoverse.

Memandangkan acara HoYo FEST 2023 ini percuma, memang kami sudah tahu ramai yang akan mengambil peluang untuk menghadirinya. Tetapi jumlah pengunjung yang hadir memang sungguh ramai. Siap ada yang beratur seawal jam 5 pagi! Memang gigih betul pengunjung yang hadir seawal itu. Tetapi boleh faham juga kenapa ada yang sanggup beratur seawal itu.

Ramai yang mengatakan bahawa mereka perlu beratur hampir 5 jam untuk membeli merch ataupun masuk ke tempat acara yang penuh dengan booth daripada setiap game. Ianya lama kerana setiap slot hanya terhad kepada 100 pengunjung sahaja, itu pun dengan masa terhad iaitu selama 1 jam 30 minit. Kalau hari biasa sahaja sudah makan masa yang lama, bayangkan pula waktu hujung minggu pula. Rasanya Tropicana Gardens Mall pasti penuh! Jadi kalau anda ada niat untuk ke acara ini, memang anda perlukan cuti seharian, kerana banyak masa anda diperlukan untuk beratur.

Kalau anda ingin dapatkan merch eksklusif HoYo FEST, memang berbaloi untuk anda beratur panjang. Lagi pun memang susah untuk anda dapatkannya selepas acara. Merch lain yang bukan eksklusif juga tersedia seperti patung plushie, keychain, standee dan banyak lagi. Merch akan restock semula setiap hari. Jadi anda tidak perlu risau sangat tentang kuantiti merch yang tersedia setiap hari.

Bercerita tentang booth pula, seperti yang kami nyatakan, terdapat lima booth yang anda boleh alami iaitu Genshin Impact, Honkai Impact 3rd, Honkai: Star Rail, Tears of Themis, Zenless Zone Zero dan Lumi_N0va. Setiap booth mempunyai pelbagai aktiviti menarik. Setiap aktiviti akan memberikan anda ganjaran khas seperti poskad, stiker dan banyak lagi! Bukan setakat itu sahaja, ini juga peluang untuk anda mencuba game Zenless Zone Zero! Jadi jangan lepaskan peluang tersebut!

Oh ya, sebelum anda boleh masuk ke kawasan booth, anda akan diberikan nombor giliran serta kad untuk anda mengumpul cop daripada booth yang anda lawati. Kalau anda kumpul tiga cop, anda boleh mendapatkan gambar polaroid anda sendiri di acara tersebut. Bolehlah buat kenangan.

Itu sahaja yang kami ingin kongsikan. Buat anda yang masih belum ke HoYo FEST 2023, acara berlangsung sehingga 7 Ogos 2023 di Tropicana Gardens Mall. Jadi masih ada banyak masa untuk anda merancang perjalanan anda ke sana! Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HoYo FEST 2023HoYo FEST 2023 MalaysiaHoYoverse
ShareTweetSend
Previous Post

Masuk dunia “LEGO DREAMZzz” di acara bertema LEGOLAND Malaysia Resort pada Ogos ini!

Next Post

My Hero Academia Bakal Hadir dengan Filem Terbaru! Visual Filem Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
My Hero Academia Bakal Hadir dengan Filem Terbaru! Visual Filem Didedahkan!

My Hero Academia Bakal Hadir dengan Filem Terbaru! Visual Filem Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd