Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Di Nikke Coin Rush Cafe Malaysia – Memori Manis Bersama Awek-Awek Bunny!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Game, Jom Singgah!, Tempatan
0 0
0
Pengalaman Di Nikke Coin Rush Cafe Malaysia – Memori Manis Bersama Awek-Awek Bunny!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan acara GOLDEN COIN RUSH sedang berlangsung di Goddess of Victory: Nikke, Coin Rush Cafe yang sebenar turut diadakan di Craft Cafe Taman Connaught, Kuala Lumpur, Malaysia!

Kredit: Digital Braves

Jika membuat keputusan untuk datang, para Commander akan disambut oleh gadis bunny cantik dari Nikke, tetapi di dunia sebenar! Ya benar, anda boleh bertemu dengan Alice, Soda, Viper, dan Folkwang di dunia realiti.

Kafe menarik ini akan beroperasi dari 1 Jun hingga 18 Jun 2024, dan terdapat 2 tiket berbeza – 1 tiket biasa, dan satu lagi premium. Perbezaannya ialah tiket premium memberi lebih banyak barangan Nikke untuk kepuasan sendiri dan hanya tersedia pada hujung minggu. Yang biasa berharga RM50, manakala premium RM60, dan hanya untuk tempahan sahaja.

Kredit: Digital Braves

Tetapi mengapa saya sarankan korang semua untuk mendapatkan tiket premium? Kelebihannya adalah Nikke Bunny Squad Service akan membuat penampilan hebat mereka pada hujung minggu dan walk-in tidak diterima pada hari tersebut. Dalam erti kata lain, anda harus menempah tiket premium jika ingin dilayan oleh awek-awek bunny.

Ingin tahu pengalaman kami? Teruskan membaca!

Disambut Oleh Soda & Alice

Kredit: Digital Braves

Jadi apa yang boleh anda harapkan di kafe ajaib ini? Pertama sekali, apabila tiba di kafe, anda akan bertemu Soda dan Alice yang mengalu-alukan anda sebagai tetamu. Dapatkan hadiah Nikke anda di kaunter, pergi ke meja dan siap sedia untuk hari yang menyeronokkan.

Seluruh kafe dihiasi sepenuhnya dengan tema Goddess of Victory: Nikke, bukan sahaja dari acara GOLDEN COIN RUSH – tetapi juga banyak watak ikonik seperti Crown dan Modernia sebagai standee yang turut boleh menjadi hiasan untuk kita mengambil beberapa foto. Terdapat juga kad poker gergasi yang tergantung dari siling untuk pengalaman penuh GOLDEN COIN RUSH.

Meja juga dihiasi dengan barang Nikke dengan Mustang mini yang tersenyum manis sambil kita menunggu hidangan.

Masa Untuk Makan!

Kredit: Digital Braves

Masa untuk makanan! Terdapat 3 set hidangan pada Special Nikke Menu untuk dipilih – Coin Rush Luscious Pesto Pasta, Coin Rush Golden Curry Rice, dan Coin Rush Spaghetti Deluxe. Kesemuanya datang dengan minuman yang sama – Rose Lychee, dengan Mustang comel sedang menari di atasnya.

Kredit: Digital Braves

Yang saya pilih ialah Coin Rush Spaghetti Deluxe, yang disertakan dengan chicken cutlet dan sedikit Blanc sedang tersenyum ke arah kita. Secara keseluruhan, saya tidak akan banyak mengadu tentang rasa (biasa-biasa sahaja), tetapi bahagiannya mungkin kecil jika anda memiliki selera besar. Itu tidak mengapa, kerana pengalaman yang penting, bukan?

Segalanya Bunny, Bunny, Bunny! 

Kredit: Digital Braves

Untuk kemuncak acara, cosplayer cantik akan hadir untuk memberi beberapa perkhidmatan bunny. Minggu yang berbeza menampilkan pemain cosplay dan watak yang berbeza, jadi pastikan anda menyemak di halaman Facebook rasmi untuk melihat siapa yang anda ingin temui.

Kredit: Digital Braves

Untuk sesi saya, saya dapat bertemu dengan Viper, Soda, Alice, dan Folkwang, semuanya dalam sut arnab mereka dan bercosplay hebat oleh cosplayer mereka – memang cantik belaka. Mereka bukan sahaja berada di sana untuk gambar sahaja, kerana mereka akan menghidangkan makanan kepada anda, membuat persembahan, dan sebagainya untuk memastikan kita sentiasa tersenyum lebar. Persembahan yang disebutkan tadi termasuk pertunjukan “catwalk” dan sesi Q&A di mana anda boleh berinteraksi lebih banyak dengan mereka.

Jika mempunyai “Nikke Coin Rush Cafe Bunny Services Stamp Card”, anda juga boleh topup Gem untuk mendapatkan lebih banyak servis bunny seperti bermain gunting batu kertas dengan mereka atau mengadakan sesi video. Selain itu, kafe ini juga akan mempunyai perkhidmatan “moe moe kyun” klasik untuk menyerlahkan rasa makanan, jadi jangan lupa untuk melaungkan perkataan ajaib itu bersama-sama dengan para bunny.

Akhir sekali, anda boleh mengadakan sesi selfie besar-besarkan bersama semua cosplayer di kafe!

Kredit: Digital Braves

Ingin lebih banyak barangan? Terdapat juga Lucky Merch Draw untuk peluang memenangi lebih banyak item khas. Cabutan bertuah dibuka untuk semua dengan kad setem, cuma top up Gem untuk menyertai, dan sudah tentu, top up juga bermakna anda mendapat perkhidmatan bunny.

Demam Nikke

Kredit: Digital Braves

Sebagai Commander kecil, saya boleh berkata pengalamannya memang berbaloi. Anda boleh menikmati makanan, berinteraksi dengan watak Nikke kegemaran dan berseronok secara keseluruhan. Sangat sesuai untuk kawan-kawan yang single dan juga peminat Nikke…

Kafe mungkin agak sesak, tetapi dapat menikmati persekitaran yang dihiasi sepenuhnya dengan Nikke, berinteraksi bersama cosplayer, adalah satu pengalaman yang layak untuk peminat game ini.

Kredit: Digital Braves

Jika anda ingin datang ke Nikke Coin Rush Cafe – Malaysia, perlu diingatkan bahawa walk-in hanya tersedia pada hari bekerja, manakala pada hujung minggu, anda perlu menempah slot. Selain itu, semak jadual ini untuk melihat bunny mana akan datang, jika tidak, anda mungkin terlepas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: kafeMalaysiaNIKKENikke Coin Rush Cafe
ShareTweetSend
Previous Post

‘LiSA LiVE is Smile Always~ASiA TOUR2024~’ di Jakarta, Indonesia Akan Berlangsung 6 Julai

Next Post

Gunpla Builders World Cup (GBWC) Dibuka di Malaysia, Masa untuk Pamer Skil Gundam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Gunpla Builders World Cup (GBWC) Dibuka di Malaysia, Masa untuk Pamer Skil Gundam

Gunpla Builders World Cup (GBWC) Dibuka di Malaysia, Masa untuk Pamer Skil Gundam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd