Nampaknya Bandai Namco Entertainment secara rasmi mengumumkan semalam di siaran livestream mereka dengan kehadiran DLC terbaru yang ketiga didalam fighting game mereka yang popular Dragon Ball FighterZ untuk “FighterZ season Pass 3“. Siapa sukakan Pendekar Penyu? Anda dah boleh Hooray, kerana orang tua ini atau namanya Master Roshi / Muten Rōshi akan debut ke permainan September ini!
Kita dapat melihat treler yang menunjukkan dia beraksi dan dia semestinya sama seperti sebelumnya. Jika anda memang peminatnya, pasti anda dapat agak apa yang hadir yang diharapkan daripada dia.
Serba sedikit mengenai Master Roshi ini, dia juga dikenali sebagai Penyu Hermit (亀仙人 Kamesen’nin) dan Dewa Seni Bela Diri (武道の神様 Budō no Kamisama), adalah seorang ahli seni mempertahankan diri, yang melatih Gohan, Ox-King, Goku, Krillin dan Yamcha. Dia mempunyai saudara perempuan bernama Fortuneteller Baba. Dia juga seorang pertapa dan jangan lupa orang tua ni pun gatal~
Dia akan menjadi watak ketiga dalam pass season 3 ini, yang dimulai dengan Kefla, dilanjutkan dengan Ultra Instinct Goku dan akan memiliki dua lagi pejuang yang belum terungkap saat ini.
Lucunya, Master Roshi dinamakan (kemungkinan tidak sengaja) pada slaid awal pertunjukan, dan kami tahu bahawa dia akan dipamerkan semasa pertunjukan Dragon Ball FighterZ lain pada bulan September
Permainan ini dilancarkan untuk Xbox One, PlayStation 4 dan PC melalui Steam. Permainan ini telah terjual 2.5 juta salinan di seluruh dunia. Versi permainan Nintendo Switch juga dilancarkan bulan September 2018.
Permainan ini juga mendapat keluaran “Edisi Deluxe” yang hanya dimuat turun pada Januari 2019 yang merangkumi watak DLC yang dilancarkan sebelumnya: Broly, Bardock, Fused Zamasu, Vegito Blue, Base Goku, Base Vegeta, Cooler, dan Android 17.

@gamersantaimy
Discussion about this post