Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendaftaran Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Musim 4 dibuka 16 Ogos ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 12, 2021
in Acara, Artikel, Battle Royale, Berita, Kejohanan esports, Real time strategy, Shooter, Tempatan
0 0
0
Pendaftaran Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Musim 4 dibuka 16 Ogos ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Musim 4 akan kembali tidak lama lagi! Pendaftaran untuk liga Rainbow Six Operation akan dibuka dari 16 Ogos sehingga 5 September 2021. Sebagai tambahan, Rainbow Six Operation League SEA Championship 2021 akan kembali pada bulan November 2021 dan akan mengumpulkan semua pasukan yang menang dari 2021 Rainbow Six Operation League Taiwan, Thailand dan Malaysia/ Singapura/ Filipina/ Indonesia untuk bersaing bagi mewakili Asia Tenggara di APAC League Relegation!

Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Musim 4

Tahniah diucapkan kepada pasukan Indonesia, iaitu Team Insen kerana berjaya memenangi liga ini pada Musim 3 yang lalu! Dengan semua maklum balas menarik dari Rainbow Six Community di wilayah ini dan telah memberikan persembahan yang luar biasa dari pasukan SEA. Ubisoft akan terus memberikan pengalaman kompetitif untuk membentuk jalan profesional kepada semua pemain Rainbow Six supaya mereka boleh menyerlah di pentas antarabangsa.

Pendaftaran untuk Rainbow Six Operation League MY/ SG/ PH/ ID Musim 4 akan dibuka dari 16 Ogos hingga 5 September 2021. Berikut adalah jadual bagi tarikh kejohanan yang dirancang:

  • Tempoh Pendaftaran: 2021/8/16 – 2021/9/5
  • Kelayakan Malaysia: 2021/9/11 – 2021/9/12 
  • Kelayakan Singapura : 2021/9/18 – 2021/9/19 
  • Kelayakan Filipina: 2021/9/25 – 2021/9/26 
  • Kelayakan Indonesia : 2021/10/2 – 2021/10/3 
  • Peringkat Kumpulan A: 2021/10/16 – 2021/10/17 
  • Peringkat Kumpulan B: 2021/10/23 – 2021/10/24 
  • Playoff: 2021/10/29 – 2021/10/31 

Rainbow Six Operation League SEA Championship 2021

Rainbow Six Operation League SEA Championship 2021 dijangka bakal kembali pada bulan November 2021. Dengan 9 pasukan dan prize pool berjumlah $15,000 (anggaran RM63,510.00), pasukan teratas dari Rainbow Six Operation League di wilayah ini akan bertarung untuk merebut gelaran juara. Mereka juga bakal menerima peluang untuk mewakili Asia Tenggara dalam APAC League Relegation. Maklumat lebih lanjut akan diberitahu di masa akan datang.

Pasukan yang menyertai Rainbow Six Operation League SEA Championship 2021

  • Pasukan juara dari Rainbow Six Operation League TAIWAN Musim 4, 5 dan 6
  • Pasukan juara dari Rainbow Six Operation League THAILAND Musim 4, 5 dan 6
  • Pasukan juara dari Rainbow Six Operation League MY / SG / PH / ID Musim 2, 3 dan 4

Sekiranya ada pasukan pemenang berulang dalam Musim yang berlainan di Rainbow Six Operation League, pasukan tempat ke-2 dari Rainbow Six Operation League masing-masing akan dipilih untuk bermain di Rainbow Six Operation League SEA Championship 2021 bagi melengkapkan daftar 9 pasukan.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mula membuat pendaftaran pasukan pada 16 Ogos di pautan ini. untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID, anda boleh layari sahaja Facebook mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FilipinaIndonesiaMalaysiaRainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Musim 4singapuraubisoft
Previous Post

Ubisoft Singapore memberi respon kepada budaya toksik, gangguan seksual dan kontroversi gaji dalam studio!

Next Post

Ubisoft All-Star Blast adalah game battle royale ala-ala Bomberman!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Ubisoft All-Star Blast adalah game battle royale ala-ala Bomberman!

Ubisoft All-Star Blast adalah game battle royale ala-ala Bomberman!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd