Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Yu-Gi-Oh, Takahashi Kazuki meninggal dunia pada usia 60 tahun

safwan by safwan
July 7, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pencipta Yu-Gi-Oh, Takahashi Kazuki meninggal dunia pada usia 60 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, mangaka Yu-Gi-Oh, Takahashi Kazuki dijumpai meninggal dunia di pantai Nago City, Okinawa Prefecture. Dia dijumpai dengan memakai kelengkapan snorkelling. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan kes ini.

【訃報】漫画「遊戯王」作者の高橋和希さん死去
沖縄・名護市の沖合で遺体で見つかる(NHKニュース)

— ライブドアニュース (@livedoornews) July 7, 2022

Takahashi bermula sebagai mangaka (penulis manga) pada tahun 1982. Karyanya yang pertama adalah Tokiō no Tsuma yang diterbitkan pada tahun 1990 bersama Tennenshokudanji Buray, salah satu karyanya yang terawal, diterbitkan dalam dua jilid dari tahun 1991 hingga tahun 1992. Bagaimanapun, Takahashi tidak mencapai sebarang kejayaan sehingga tahun 1996 apabila beliau mencipta Yu-Gi-Oh!

New-Yu-Gi-Oh-Anime-Will-Kick-Off-A-Major-Franchise-Milestone.jpg

Manga Yu-Gi-Oh! memulakan penggunaan kad Yu-Gi-Oh! yang pada asalnya dikenali sebagai Magic and Wizards. Namun, nama game kad ditukarkan menjadi Duel Monsters untuk padanan anime. Manga yang asal mempergunakan format bab episod, dengan setiap game yang berbeza dimainkan pada setiap bab.

Walaupun begitu, Takahashi tidak pernah berhasrat untuk menumpukan manganya pada game kad yang diciptanya. Game kad Magic and Wizards sebenarnya bertujuan untuk hanya dua bab tetapi Shueisha, penerbit majalah Weekly Shonen Jump menerima terlalu banyak surat daripada peminat yang ingin tahu tentang game tersebut. Oleh itu, Takahashi memutuskan untuk melanjutkannya.

Projek terbarunya bersama Marvel telah menampilkan Iron Man dan Spider-Man dalam komik yang bertajuk Marvel’s Secret Reverse. Komik ini mengandungi sebanyak 112 muka surat yang boleh didapatkan melalui penerbit manga VIZ media. Berikut adalah sinopsis tentang komik Marvel’s Secret Reverse yang direka khas oleh Takahashi Kazuki :

Tony Stark pergi ke Jepun untuk menghadiri konvensyen game dan yang menunggu ketibaannya ialah Reijiro Kaioh, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat game kad yang terkenal di dunia. Kaioh bercadang untuk memperkenalkan mesin game baharu yang menakjubkan, tetapi pencipta dan perantinya tidak sama sekali.

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga dan rakan kesayangan Takahashi Kazuki selaku pencipta Yu-Gi-Oh. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Takahashi KazukiYu-Gi-Oh!
Previous Post

Main The Crew 2 secara PERCUMA minggu ini! Bermula 7 hingga 13 Julai 2022!

Next Post

Review Pac-Man Museum+ – Membawa ruang arked bertemakan maskot ikonik!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Pac-Man Museum+ – Membawa ruang arked bertemakan maskot ikonik!

Review Pac-Man Museum+ - Membawa ruang arked bertemakan maskot ikonik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd