Dragonest, yang juga pencipta Dota Auto Chess pada tahun 2019, baru-baru ini mengumumkan rancangan mereka untuk membuat sebuah MOBA mudah alih menggunakan watak dan peralatan yang sama daripada siri Auto Chess mereka. Dragonest juga dikenali dengan permainan-permainan lain, tetapi Auto Chess adalah yang paling terkenal dan merupakan pelopor kepada genre auto battler yang memperkenalkan Auto Chess, Dota Underlords dan Teamfight Tactics. Dragonest sendiri mendakwa bahawa pengalaman mereka di Auto Chess membantu pasukan “menghasilkan genre permainan kompetitif baru iaitu auto battler.”
#AutoChessMOBA: The Auto Chess themed MOBA game with ALL HEROES FREE😎😎😎
Chess characters from #AutoChess will become heroes in the MOBA game!
Features: all heroes free, no paid runes, day and night version system, destructible objects pic.twitter.com/dN7utBNgxp
— Auto Chess (@AutoChess2019) January 9, 2021
Kini, mereka menggunakan IP ini dan membuat MOBA mudah alih untuk pasaran permainan kompetitif. Dalam pengumuman di atas, Dragonest mengingatkan kita semula pada MOBA mudah alih pertama mereka, Fight For Freedom, dari tahun 2015. Ia tidak diraih dengan tinggi, tetapi selepas menimba lebih banyak pengalaman, mereka akan membuat MOBA baru yang dapat bersaing bersama yang lain di pasaran.
Auto Chess adalah permainan yang dibina berasaskan Dota 2 dan pada asalnya menggunakan unit dan item Dota 2 untuk bahagian caturnya. Apabila Valve ingin melibatkan diri, Dragonest dan Valve memutus untuk berpisah,di mana masing-masing membuat versi permainannya sendiri. Valve mencipta Dota Underlords dan Dragonest mencipta Auto Chess, tetapi mengekalkan semua watak dan item, dan menamakan semula setiap bahagian serta membuat sedikit perubahan.
Selepas sekian lama duduk di Dota 2, watak-watak ini akan menjadi sebahagian dari MOBA mereka sendiri. Pada masa yang sama, Auto Chess MOBA akan menampilkan kitaran siang dan malam yang mempengaruhi penglihatan pemain dan juga medan pertempuran yang boleh dihancurkan. Kedua-dua ciri tersebut boleh dilihat di Dota 2 dan merupakan fitur yang membezakan permainan itu dan MOBA–MOBA popular lain.
Dragonest juga mendakwa bahawa semua wira adalah percuma untuk bermain, dengan strategi “no pay to win” dan tiada penambahan statistik di luar permainan, untuk memastikan permainan sentiasa adil dan untuk semua pengguna tanpa melibatkan wang dan masa yang dihabiskan. Tarikh keluaran rasmi masih belum disahkan dan mereka masih dalam fasa produksi awal. Jika ada apa-apa maklumat baru, saya pasti akan terus laporkan kepada anda semua!
@gamersantaimy
Discussion about this post