Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat gila membunuh ibu bapa kerana mengganggu sesi menonton anime

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Peminat gila membunuh ibu bapa kerana mengganggu sesi menonton anime
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah laporan dari Jepun telah memperincikan perbuatan keji yang dilakukan oleh seorang peminat anime pada beberapa hari lepas. Junji Matsumoto, seorang lelaki berusia 59 tahun di wilayah Fukuoka, telah ditangkap oleh polis setelah mengaku membunuh kedua ibu bapanya. Peminat anime itu mengatakan bahawa dia membunuh ibu bapa nya setelah letih melayan permintaan mereka, dan tanpa sengaja keadaan bertambah teruk semasa dia menonton anime kesukaan baru-baru ini.

Rumah keluarga Matsumoto

Menurut laporan, Matsumoto dipercayai membunuh ibu bapanya pada malam 20 Jun. Sumber seperti The Tokyo Reporter juga mengesahkan bahawa suspek sepenuhnya menjaga ibu bapanya, Hirokazu (87) dan Makie (88). Mereka hidup menggunakan duit pencen dan menghadapi masalah untuk bergerak lantas memerlukan ibu bapanya untuk memakai kerusi roda. Oleh itu, mereka juga memerlukan bantuan untuk tugas harian, dan Matsumoto menjelaskan bahawa dia tiba-tiba menjadi gila pada suatu malam ketika ayahnya meminta bantuan untuk pergi ke tandas.

“Memang menyusahkan apabila setiap kali saya menonton anime, ibu bapa saya mengganggu saya. Saya tidak tahan. Semasa adegan sedang rancak dalam anime, ayah saya berulang kali meminta saya untuk menjaganya. Kerana dia mengadu tentang saya, saya membunuhnya.” -kata suspek kepada pihak berkuasa.

Junji Matsumoto

Matsumoto membunuh bapa nya setelah diganggu semasa menonton anime lalu membunuh ibu nya juga. Suspek kemudian meninggalkan rumah keluarga selang beberapa hari kemudian pada 23 Jun setelah menyembunyikan mayat mereka di dalam peti sejuk. Matsumoto melarikan di sekitar Jepun kerana ingin mengelak dari pihak berkuasa, tetapi polis berjaya menangkap suspek di Kyoto.

Polis mula menjalan penyiasatan setelah seorang saudara mendapati Matsumoto tidak dapat dihubungi. Pihak berkuasa tiba di rumah dan tanpa sengaja terjumpa mayat ibu bapanya di dalam peti sejuk. Suspek ditangkap pada 5 Julai. Buat masa ini, kes tersebut sedang dalam siasatan aktif, selepaas Matsumoto mengaku dia mencekik ibu bapanya hingga mati.

Sumber – Kotaku

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeibu bapajenayahJepunJunji Matsumotomembunuh
Previous Post

Manga Bleach bakal kembali dengan bab istimewa tidak lama lagi!

Next Post

ASUS melancarkan siri laptop ExpertBook B1, B5, B9 di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ASUS melancarkan siri laptop ExpertBook B1, B5, B9 di Malaysia!

ASUS melancarkan siri laptop ExpertBook B1, B5, B9 di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd