Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemilik GTA Trilogy Definitive Edition boleh menebus game percuma dari Rockstar!

Maira by Maira
December 22, 2021
in Artikel, Berita, Game Percuma, Genre, PC, Rockstar
0 0
0
Pemilik GTA Trilogy Definitive Edition boleh menebus game percuma dari Rockstar!
Share on FacebookShare on Twitter

Rockstar Games, pembangun di sebalik siri game popular seperti Grand Theft Auto, Red Dead Redemption dan Bully akan memberikan game percuma untuk masa terhad untuk pemilik GTA Trilogy Definitive Edition. Jika anda tidak mempunyai GTA Trilogy tersebut, anda nampaknya tidak berpeluang untuk menebus game percuma ini. Selain itu, cuma pemain PC sahaja yang boleh tebus game percuma ini. Jadi, kalau anda pemilik game konsol seperti PS5, PS4, Nintendo Switch dan Xbox, nampaknya anda tidak bernasib baik kali ini.

Terdapat lima game yang tersedia untuk anda tebus. Tetapi hanya satu sahaja game percuma yang anda boleh pilih. Berikut adalah antara game Rocktar yang anda boleh tebus secara percuma:

  • Grand Theft Auto V: Premium Edition
  • Grand Theft Auto IV: Complete Edition
  • Bully: Scholarship Edition
  • Max Payne 3
  • L.A. Noire

Game percuma ini hanya boleh ditebus bermula sekarang sehingga 5 Januari 2022. Jadi, jika anda memiliki GTA Trilogy dalam akaun Rockstar Social, anda boleh menebusnya menggunakan pautan ini. Game ini akan menjadi milik anda untuk disimpan selama-lamanya. Jika anda tidak berminat dengan senarai game yang tersedia, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan “free money” dalam GTA Online atau Red Dead Online.

game percuma Rockstar

Baru-baru ini juga ada khabar angin bahawa Rockstar akan mengumumkan Bully 2, sekuel untuk Bully yang telah dilancarkan 16 tahun yang lalu. Jadi, Bully: Scholarship Edition mungkin sesuai untuk menjadi pilihan jika khabar berita itu betul. Selain itu, versi GTA 5 untuk konsol next-gen juga akan diperluaskan dan dipertingkatkan. Memang lama lagi untuk kita tunggu berita mengenai GTA 6. Max Payne 3 pula lebih berbaloi jika anda telah main dua game yang pertama, manakala L.A. Noire pula sebuah game kendiri yang hebat untuk dimainkan jika, anda tidak mahu bermain game bersiri.

Epic Games juga kini memberikan satu game percuma setiap hari sehingga 30 Disember. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengumpul semua game tersebut. Untuk liputan lain mengenai game percuma, anda boleh klik pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bullyGrand Theft Auto: The Trilogy - The Definitive Editiongta ivGTA VMax Payne 3rockstar games
Previous Post

Ini 10 kelas utama dalam Jian Xia Qing Yuan R!

Next Post

Mangaka Fairy Tail, Hiro Mashima membuat game sendiri pada masa lapang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mangaka Fairy Tail, Hiro Mashima membuat game sendiri pada masa lapang!

Mangaka Fairy Tail, Hiro Mashima membuat game sendiri pada masa lapang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd