Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemenang Anugerah Google Play 2019 yang menyaksikan Aplikasi dan Permainan yang Top untuk Android!

Korang mesti terkejut dengan pemenang-pemenangnya!

Nyny.A by Nyny.A
May 20, 2019
in Android, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Pemenang Anugerah Google Play 2019 yang menyaksikan Aplikasi dan Permainan yang Top untuk Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ni di malam I/O Google Play, mereka telah mengumumkan pemenang bagi anugerah Aplikasi Permainan yang Top untuk Android, calon-calonnya untuk sembilan kategori telah pun diumumkan bulan lepas yang dipilih melalui ciri kriteria pemfaktoran kualiti secara keseluruhan, reka bentuk yang kukuh, prestasi teknikal dan inovasi. Calon yang dipilih oleh pelbagai pasukan di seluruh Google akan memenagi piala Perak Play ‘silver Play trophy’ dan akan dipaparkan dalam Play Store!

Image result for google play awards

Jadi jom kita lihat siapa calon-calon dan pemenang untuk anugerah khas dari Google Play ni;

App Kesejahteraan – Standout Well-Being App

Aplikasi yang memberi kuasa kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang terbaik dalam kehidupan mereka, sambil mempamerkan reka bentuk dan strategi yang bertanggungjawab.
Ini antara calon-calonnya ;

  • Kinedu by Kinedu
  • My Oasis by Buff Studio Co.,Ltd.
  • Shine by Shine, Inc.
  • SleepTown by Seekrtech
  • Woebot by Woebot Labs

Dan tahniah kepada Woebot kerana berjaya memenangi anugerah ini!

Pengalaman Kebolehaksesan – Best Accessibility Experience

Aplikasi dan permainan yang membolehkan interaksi peranti dalam cara yang inovatif dan memberi perkhidmatan kepada orang kurang upaya atau keperluan khas. Calon-calonya;

  • Envision AI by Envision Technologies BV
  • guiaderodas accessibility by guiaderodas
  • Race Together! By digiXMAS
  • TintVision by EM-Creations
  • WheeLog! By PADM

Pemenang untuk Aplikasi yang mengagumkan ni terjatuh kepada Envision AI yang tersangat membantu kepada orang ramai terutama untuk yang kurang upaya!

Kesan Sosial Terbaik – Best Social Impact

Aplikasi dan permainan yang memberi kesan positif kepada komuniti di seluruh dunia (memberi tumpuan kepada kesihatan, pendidikan, tindak balas krisis, pelarian, dan literasi).

  • Bury me, my Love by Dear Villagers
  • Plantix by PEAT GmbH
  • Reblood by PT Gaya Hidup Sehat
  • Think!Think! By Hanamaru Lab
  • Wisdo by Wisdo LTD.

Pemenang untuk kategori ini adalah Wisdo.

Permainan Paling Cantik- Most Beautiful Game

Permainan yang memberi contoh seni atau kesan visual yang unik sama ada melalui imej kreatif, dan / atau menggunakan ciri API grafik lanjutan.

  • Asphalt 9: Legends by Gameloft SE
  • Badland Brawl by Frogmind
  • Chuchel by Amanita Design
  • Gorogoa by Annapurna Interactive
  • Shadowgun Legends by MADFINGER Games

Kemenangan yang paling ditunggu-tunggu ini dimiliki Shadowgun Legends! Memang awesome!

Image result for shadowgun legends

Pengalaman Ruang Tamu Terbaik – Best Living Room Experience

Aplikasi yang mencipta, meningkatkan, atau membolehkan pengalaman ruang tamu hebat yang membawa orang ramai.

  • ivi by ivi.ru
  • Neverthink by Neverthink
  • Pluto TV by Pluto, Inc.
  • Tubi by Tubi TV
  • Viki by Viki, Inc

Anugerah ini dimenangi Neverthink!

Paling Inventif – Most Inventive

Aplikasi dan permainan yang memaparkan kes penggunaan baru yang hebat, seperti menggunakan teknologi baru, memenuhi khalayak yang unik, atau menunjukkan aplikasi inovatif teknologi mudah alih untuk pengguna.

  • Cube Escape: Paradox by Rusty Lake
  • Firework by Loop Now Technologies, Inc.
  • Scripts by Language Drops
  • Tick Tock by Other Tales Interactive
  • Wysker by wysker GmbH

Tahniah buat Tick Tock yang berjaya memenangi anugerah ini.

Membina Pengalaman Berjuta-juta – Standout Build for Billions Experience

Aplikasi dan permainan dengan prestasi yang optimum, penyetempatan dan kulturisasi untuk pasaran baru muncul.

  • Canva by Canva
  • Cookpad by Cookpad Inc (UK)
  • Garena Free Fire by GARENA INTERNATIONAL I PRIVATE LIMITED
  • PicsArt Photo Studio by PicsArt
  • Viki by Viki, Inc

Anugerah ini dimenangi Canva!

Best Breakthrough App

Aplikasi baru dengan reka bentuk keseluruhan yang sangat baik, pengalaman pengguna, penglibatan dan pengekalan, dan pertumbuhan yang kukuh.

  • Dave by Dave, Inc
  • Khan Academy Kids by Khan Academy
  • Notion by Notion Labs, Inc.
  • Slowly by Slowly Communications Ltd.
  • Tasty by BuzzFeed

Okay yang ini dimenangi oleh Slowly!

Best Breakthrough Game

Permainan baru dengan reka bentuk keseluruhan yang sangat baik, pengalaman pengguna, penglibatan dan pengekalan, dan pertumbuhan yang kuat.

  • Garena Free Fire by GARENA INTERNATIONAL I PRIVATE LIMITED
  • Old School RuneScape by Jagex Games Studio
  • Harry Potter: Hogwarts Mystery by Jam City, Inc.
  • MARVEL Strike Force by FoxNext Games
  • Star Trek™ Fleet Command by Scopely

Yang pasti dan boleh diagak, anugerah ini dimenangi MARVEL Strike Force!

Image result for marvel strike force

Jadi apa pendapat korang untuk pemenang aplikasi dan permainan tahun ni? Tahniah buat semua pemenang anugerah Google Play ni!

Sumber: Google

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Anugerah Google Play 2019Google PlayGoogle Play Award
Previous Post

Sambutan Ulangtahun ke-3 Overwatch telah diumumkan! Banyak benda baru yang boleh dikemaskini

Next Post

Streamer kat Twitch dapat Bayaran sehingga $50,000 SETIAP JAM untuk Main Permainan baru!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Streamer kat Twitch dapat Bayaran sehingga $50,000 SETIAP JAM untuk Main Permainan baru!

Streamer kat Twitch dapat Bayaran sehingga $50,000 SETIAP JAM untuk Main Permainan baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd