Tidak sampai seminggu akses awal game The Day Before dilancarkan, pembangun Fntastic membuat keputusan untuk menutup studio tersebut. Bukan setakat itu sahaja, game tersebut tidak lagi boleh dibeli melalui Steam. Perkara tersebut telah pun diumumkan melalui akaun rasmi X (Twitter) Fntastic.
“Hari ini, kami mengumumkan penutupan studio Fntastic. Malangnya, The Day Before telah gagal dari segi kewangan, dan kami kekurangan dana untuk meneruskan. Semua pendapatan yang diterima digunakan untuk membayar hutang kepada rakan kongsi kami. Kami melaburkan semua usaha kami, sumber, dan waktu kerja untuk pembangunan The Day Before, yang merupakan game besar pertama kami. Kami betul-betul ingin mengeluarkan patch baharu untuk mendedahkan potensi penuh game itu, tetapi malangnya, kami tidak mempunyai pembiayaan untuk meneruskan kerja.”
Anda boleh baca kenyataan penuh melalui imej di bawah.

Dengan pengumuman tersebut dikeluarkan, ramai pemain yang sudah membeli ingin wang mereka dikembalikan dan memanggil game tersebut sebagai “scam” atau penipuan daripada pembangun.

Kalau anda melihat review pada halaman Steam The Day Before, ia telah menerima lebih daripada 17,000 review negatif. Rata-rata review negatif tersebut memberitahu bahawa game tersebut tidak seperti yang dipasarkan. Ia tidak lagi mempunyai ciri Open World seperti yang ditayangkan dalam trailer terdahulu. Bukan setakat itu sahaja, banyak sistem lain yang mengecewakan seperti combat, bilangan musuh yang sikit, dan banyak lagi!

Buat masa ini, server game masih tersedia untuk pemain teruskan bermain. Tetapi melihat kekecohan daripada pemain, nampaknya ramai yang akan refund game tersebut. Penerbit Mytona turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Steam untuk mengambalikan wang kepada pemain.
Daripada game yang paling banyak “wishlist” oleh pemain di Steam, kini antara game paling teruk di platform itu. Apa pendapat anda mengenai kontroversi game ini? Boleh tinggalkan pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita terkini mengenai dunia game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post