Dengan kemas kini PUBG 5.1 yang digerakkan dan membolehkan para pemain lawan musuh dengan kuali yang dibaling dan disasarkan pada musuh, nampaknya tidak terhenti disitu. Para dataminer nampaknya telah mencungkil projek di belakang tabir dan mendapati sistem clan yang memang telah ada dari PUBG platform Mobile nampaknya akan bergerak ke platform PUBG PC dan kemungkinan besar Konsol pula selepas ini!
PUBG atau nama sebenarnya PlayerUnknown’s Battlegrounds yang merupakan permainan online multiplayer battle royale yang hadir pada tahun 2017 di platform PC. Permainan yang melonjak naik dengan ciri battle royale nya akhirnya melebarkan sayap ke platform mobile tahun lalu kemudian platform konsol pada tahun ini.
Nampaknya, berita sistem clan yang baru mungkin dalam masa terdekat ini dikongsikan oleh dataminer yang bernama PlayerIGN dan dikongsikan melalui Twitternya serta berita mengenainya telah dikongsikan dari The Loadout. Menurutnya, untuk menubuhkan clan ini bukanlah percuma dan perlu menggunakan 5,000 BP untuk membukanya.
https://twitter.com/PlayerIgn/status/1192506673434247173?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1192506673434247173&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gamesradar.com%2Flooks-like-clan-systems-are-coming-to-pubg-on-pc%2F
Nama klan akan dihadkan kepada 2-15 aksara, sementara tag yang dipendekkan tidak menawarkan banyak pilihan dengan hanya 2-4 aksara. Dijangkakan juga satu clan boleh dimuatkan dengan 20 ahli yang mungkin sebabnya terdapat juga bahagian khusus untuk rekrut dan resume. Maksudnya anda boleh memasukan slogan-slogan 30 aksara dan persembahan 180 aksara, yang kemungkinan besar akan menjadi gambaran ringkas tentang sejenisnya. Juga, clan kemungkinan akan disambungkan ke mod rank kerana ada label “No Clan” didalam Leaderboard.
Namun begitu, tidak ada petunjuk lagi bila akan hadirnya ciri sistem terbaru ini, tetapi yang kita tahu ianya sama seperti PUBG Mobile yang telah pun ada sistem clan ini sejak tahun Julai 2018, jadi memang tidak terlalu mengejutkan jika sistem yang sama datang ke PC dan konsol juga. Cuma jangan buat-buat terkejut bila dah hadir nanti la ye!
Jadi, apa pendapat anda para pemain PUBG PC untuk sistem terbaru yang kemungkinan akan datang ini? Setuju atau tidak sistem ini dijalankan? Anda boleh kongsikan di laman sosial kami. Janganlupa dapatkan PUBG PC di STEAM.
Sumber: The Loadout

@gamersantaimy
Discussion about this post