Sama ada korang meminati filem superhero atau Marvel’s Cinematic Universe (MCU), korang mesti tahu yang sekarang ini adalah musim Avengers: End Game. Malah, mesti pernah ternampak beberapa hashtag #DontSpoilTheEndgame di Twitter, di mana ia adalah amaran untuk sesiapa yang telah menonton filem terbaru itu supaya tidak membocorkan sebarang maklumat mengenai filem tersebut agar peminat-peminat lain yang tidak berkesempatan menontonnya dengan lebih awal, dapat menikmati filem tanpa mengetahui apa yang telah berlaku. Malah, TGV Cinemas akan ban sesiapa sahaja yang sengaja membocorkan filem tersebut! Ianya tidak terhenti di situ, apabila Riot Games juga turut mengambil serius hal sebegini dan telah mengenakan gantungan selama tiga hari kepada seorang pemain League of Legends (LoL).
Dalam post reddit tersebut, seorang pemain League of Legends menunjukkan screenshot emel bersama dengan player support mengenai akaunnya yang dikenakan penggantungan selama tiga hari selepas membincangkan filem tersebut dalam game chat.
“Saya tahu awak teruja untuk membincangkan tentang filem terkini Avengers dengan pemain lain, tetapi untuk berikan spoiler kepada mereka yang mungkin belum menontonnya adalah tidak cool. Buat masa ini, akaun awak telah dikenakan gantungan 3-hari disebabkan tingkah laku yang menganggu ini”
Berikutan dengan isu sebegini, pemain itu juga diberitahu yang tidak semua tindakan boleh dihukum di bawah Kod Etika Riot Games dan player support tadi hanya membuat keputusannya sendiri untuk menganggap tingkah laku tersebut sebagai “menganggu” demi “melindungi komuniti” League of Legends. Ia juga boleh dikatakan denda yang luar biasa apabila jabatan Player Support dari Riot sendiri mengatakan yang:
“Umumnya, ia bukan policy kami untuk ban pemain untuk spoiler, dan kami akan melihat isu ini dengan lebih mendalam lagi.”

Pemain yang membocorkan filem itu berkata, dia sebenarnya hanya mencuba teori yang dibincangkan dalam reddit, di mana adakah pemain betul-betul akan kena ban selepas memberikan spoiler dalam game dan sama ada “ban” adalah tindakan yang patut dikenakan. Nampaknya, sekarang mereka yang sengaja membocorkan spoiler tersebut sudah tahu akibatnya. Bercakap mengenai Avengers, Fortnite baru sahaja keluarkan acara crossover Fortnite X Avengers: Endgame pada beberapa hari yang lepas! Jangan lepaskan peluang untuk bermain mode yang terhad ini!
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post