Seperti yang kita tahu, ramai pemain menggunakan cheat untuk menang dalam pelbagai game. Kini, terdapat satu klip yang menunjukkan pemain kedua terbaik Call of Duty: Vanguard iaitu “Pplehx” telah menggunakan cheat wallhack semasa stream.

Ranked Play ialah mod kompetitif untuk Call of Duty: Vanguard yang mengikut peraturan Call of Duty Pro League untuk membolehkan pemain lain bersaing dengan pemain profesional. Malangnya, Vanguard masih mempunyai masalah cheater dan beberapa pemain dapat mengatasi anti-cheat dengan menggunakan hack.
Klip ini menunjukkan Pplehx dalam perlawanan Hardpoint di Tuscan. Selepas mati di gereja, Pplehx sedang memerhati POV rakan sepasukannya dan secara tiba-tiba terdapat bug yang telah mendedahkan wallhack yang digunakannya. Ini merupakan penipuan yang biasa digunakan untuk membolehkan pengguna melihat lokasi musuh melalui dinding. Klip daripada stream mereka jelas menunjukkan ahli pasukan musuh dengan kotak berwarna merah untuk memberikan lokasi tepat mereka.

Ini bukan kali pertama pemain Vanguard mendedahkan yang mereka menggunakan cheat secara tidak sengaja. Sebelum ini, terdapat seorang pesaing dalam Liga CoD Kolej cuba membuktikan mereka tidak bersalah, tetapi akhirnya dia terkantoi apabila dia memusingkan webcam-nya menghadap monitornya lalu mendedahkan cheat mereka di dalam stream.

Anti-cheat Ricochet Activision telah melakukan kerja yang agak baik dalam membantu membanteras sekumpulan cheater di Warzone, tetapi ianya masih tidak tersedia di Vanguard, di mana pemain jelas masih menggunakan cheat dalam kejohanan online. Tiada tarikh khusus yang diberikan untuk Anti-cheat ini tersedia untuk Vanguard, kerana Activision sebelum ini mengumumkan Ricochet akan datang ke Vanguard pada masa akan datang.
Buat masa sekarang, Pplehx masih disenaraikan sebagai pemain kedua tertinggi pada leaderboard Call of Duty: Vanguard. Setakat ini masih tiada lagi hukuman yang dikenakan kepada pengguna cheat ini, harapnya Call of Duty dapat bertindak dengan lebih segera untuk menyelesaikan isu ini. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Call of Duty, sila klik pautan ini.
Sumber: Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post