Pernahkah korang ingin merasa menembak di dunia sebenar? Mungkin korang perlukan pengalaman yang lebih menyeronokkan, di mana setiap tembakan menghasilkan recoil sebenar di tangan anda. Di sini, terdapat seorang pemain Counter-Strike: Global Offensive (CS: GO) yang mengubah suai PC-nya dengan menambah recoil dan menyebabkan monitornya musnah.
Satu video TikTok menunjukkan bagaimana seorang pemain CS: GO menambah recoil sebenar pada PC-nya, bagi memberikan setiap tembakan dalam game mempunyai reaksi recoil seperti dunia sebenar.

Pengguna @lamicall_official_ memuat naik video 9 saat dengan menunjukkan reaksi recoil sebenar apabila dia mengubah suai mouse-nya. Walaupun video pendek itu tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana dia berjaya menggabungkan tindakan recoil, ia tidak memberi hasil yang diiginkan. Korang boleh tengok video di bawah untuk melihat dia mencuba menggunakan beberapa senapang yang berbeza untuk mempamerkan tindak balas recoil yang berbeza.
Semasa dia memulakan pusingan CS: GO dengan heavy machine gun, setiap tembakan memberi kesan lantunan kepada monitornya. Seterusnya, apa yang kita nampak seperti letupan shotgun dengan sangat kuat sehingga memecahkan monitor. Walau bagaimanapun, tembakan dari sniper rifle pada penghujung video nampaknya mendapat reaksi recoil yang paling besar. Dengan satu tembakan, monitor melantun tinggi di udara dan mendarat lalu pecah. Walaupun setiap pistol menawarkan getaran yang berbeza ianya masih berbahaya kepada monitor yang lemah.
Walaupun ianya tidak mempunyai apa-apa faedah, terdapat beberapa komen di video tersebut yang menunjukkan bahawa sesetengah ingin mencubanya, walaupun selepas melihat monitor pecah.

Jika korang pernah berfikir untuk menambah tindakan recoil yang lebih realistik pada PC, saya sarankan untuk menonton video ini sebelum berbuat sedemikian. Jadi, apa pendapat korang tentang menambah recoil pada PC dan menyebabkan monitor musnah semasa bermain CS: GO? Kongsi pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang game dan anime, sila klik pautan ini.
Sumber: The Gamer

@gamersantaimy
Discussion about this post