Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali mengimpikan pasukan Esports sendiri

Amir Haziq by Amir Haziq
March 31, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali mengimpikan pasukan Esports sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Pemain legenda bola sepak tanah air Malaysia, Safee Sali menyatakan beliau menyokong industri Esports negara dan tidak menolak kemungkinan untuk memiliki pasukan Esports beliau sendiri. Sukan Esports di Malaysia telah mencetuskan fenomena luar biasa, di mana ramai pemain Esports Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara di SEA Games 2019 yang lalu.

Pingat Gangsa SEA Games Esports 2019 Mobile Legends Bang Bang telah pasti milik Team Malaysia!

Selain itu, Safee Sali mengatakan ramai anak muda di Malaysia sudah mula berkecipung dan menunjukkan minat serta kemampuan mereka dalam permainan video Esports. Baginya, ini adalah satu perkembangan yang positif untuk golongan belia kerana ianya mampu memberikan pulangan yang lumayan.

“Secara jujurnya, saya lihat selepas Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas, industri Esports tanah air dilihat berkembang dengan begitu pesat hingga kini diterima secara positif oleh orang ramai. Saya tidak menolak apa yang akan berlaku pada masa depan, namun saya akan sentiasa memantau dan mencari peluang sekiranya ada potensi untuk menubuhkan pasukan e-Sukan sendiri nanti.” Jelas Safee.

“Ini kerana kita tahu industri Esports menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dan kita boleh lihat hadiah terkumpul yang diberikan oleh penganjur kini ada mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya lagi kepada Kosmo!

Sumber: Facebook Malaysia Esports Series

Safee Sali telah datang melawat studio kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 di Puchong, Selangor kelmarin. Beliau juga merupakan duta kepada pasukan Esports negara, iaitu Team Haq Esports (THQ) yang menjadi penganjur bersama dalam kejohanan MES yang telah bermula sejak 26 Mac lalu.

Di samping itu, pengasas pasukan THQ serta pengerusi bagi kejohanan MES, Muhd. Aimanulhaq Zaharudin sangat terharu dan gembira apabila pemain penyerang kebangsaan tersebut memberi sokongan beliau kepada industri e-Sukan di Malaysia.

Sumber: VocketFC

“Kehadiran Safee kali ini membuktikan e-Sukan juga sudah mula diterima oleh golongan profesional dan saya percaya lebih ramai atlet negara akan tampil memeriahkan industri ini tidak lama lagi dengan mewujudkan pasukan sendiri,” kata Aimanulhaq.

Bagi mengikuti acara Malaysia Esports Series 2021, anda boleh layari di Facebook mereka untuk turut serta dalam acara kejohanan e-Sukan di negara kita. Dulu Liyana Shamsudin buat pasukan Esports dia sendiri. Sekarang pemain bola kita, Safee Sali pun nak buat pasukan Esports juga. Makin meriah la e-Sukan Malaysia sebab fans bola sepak pun turut serta.

Sumber: Kosmo!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsMalaysiaMES2021Safee Sali
Previous Post

Razer melancarkan koleksi pakaian Kanagawa Wave dibuat dari Plastik Laut

Next Post

[Review] Yakuza: Like A Dragon di PS5 tetap gengster seperti di PS4

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] Yakuza: Like A Dragon di PS5 tetap gengster seperti di PS4

[Review] Yakuza: Like A Dragon di PS5 tetap gengster seperti di PS4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd