Sebelum pelancaran Battlefield 2042, pembangun telah menjanjikan pelbagai perkara hebat yang menanti pemain tetapi ia hanyalah janji palsu selepas pelancaran game tersebut. Battlefield 2042 telah mendapat banyak review negatif daripada ramai pemain kerana pelbagai masalah yang timbul ketika bermain. Bukan setakat itu sahaja, kelewatan dalam memberikan kandungan bermusim juga membuatkan ramai pemain meninggalkan game tersebut. Ini menjadikannya salah satu game yang mengecewakan pada 2021 dan kini ramai pemain Battlefield 2042 yang ingin mendapatkan refund.

Jika lihat pada situasi, ia mengingatkan anda pada peristiwa yang berlaku semasa pelancaran Cyberpunk 2077. Battlefield 2042 mungkin berterusan menambah baik game tersebut tetapi bagi kebanyakkan pemain, mereka sudah tawar hati dengannya. Kini, ramai pemain Battlefield 2042 membuka petisyen kepada Sony, Steam, DICE dan Federal Trade Commission untuk membenarkan bayaran balik pada semua platform.

Didakwa melalui petisyen di change.org, Battlefield 2042 telah menelan belanja pengguna berjuta-juta dolar dan mengecewakan beribu-ribu pemain. Petisyen itu merujuk kepada beberapa kejadian sejak game itu dilancarkan, seperti kenyataan bahawa ia tidak boleh dimainkan, bug Battlefield 2042 yang drastik serta memberi kesan kepada pengalaman semasa bermain sehingga hari ini, bayaran balik yang disediakan di Steam dan banyak lagi. Ia selanjutnya menyatakan bahawa “menandatangani petisyen ini adalah sama dengan mengatakan ‘Saya harap saya mendapat refund untuk Battlefield 2042.'”
Pencipta petisyen itu, Satoshi Nakamoto, juga menyatakan bahawa jika petisyen itu menerima 50 ribu tandatangan, maka salah seorang peguam terbaik akan mengambil kes itu terhadap EA. Bagaimanapun, peguam itu tidak dinamakan dan tiada bukti disediakan untuk tuntutan itu. Sehingga hari ini, petisyen tersebut mempunyai lebih daripada 15 ribu tandatangan.

Nakamoto mengakhiri petisyen ini dengan kenyataan ringkas: “Komuniti gaming tidak seharusnya bertolak ansur dengan penderaan dan buli seperti ini daripada syarikat berbilion dolar yang menghasilkan game yang belum siap dan iklan palsu. “Perlu diingatkan bahawa jenis bayaran balik ini biasanya tidak mencapai banyak kejayaan, kerana kes pembayaran balik Cyberpunk 2077 adalah detik yang mengejutkan, hampir mengubah industri, jadi ia masih perlu dilihat sama ada EA atau Dice akan mengiktiraf petisyen ini.

Walaupun ramai yang tidak puas hati dengan game ini, kita dapat lihat betapa ramai antara mereka yang sanggup melabur pada game FPS kesukaan mereka. Harap-harap Battlefield 2042 akan memberikan sesuatu yang baru dan mampu mengubah perspektif peminat terhadapnya. Apa pula pendapat anda mengenai petisyen ini? Adakah anda juga akan tandatangannya?
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Battlefield daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamerant, Change.org
@gamersantaimy
Discussion about this post