Jarang-jarang kita dapat dengar berita bahawa seorang mangaka sanggup berhenti melukis untuk teruskan hidup. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana sebuah buku fiksyen boleh membuat penciptanya berhenti daripada meneruskan karya. Tetapi apabila anda membaca semua benda yang berlaku kepada mangaka, mungkin anda akan faham mengapa dia terpaksa berhenti daripada meneruskan karya manga seram miliknya yang bertajuk PTSD Radio.
PTSD Radio ialah manga seram yang dihasilkan oleh Maasaki Nakayama. Untuk pengetahuan anda, kisah seram yang terdapat dalam manga ini mempunyai serba sedikit pengalaman sebenar daripada pelukis ini. Ia diterbitkan pada 7 Julai 2010 dan sebanyak enam jilid tersedia secara fizikal dengan tiga salinan edisi omnibus dan setiap salinan mempunyai dua jilid.
Kali terakhir PTSD Radio dikemas kini adalah pada 2018 lalu dan penerbit manga ini ialah Kodansha Comics. Maasaki Nakayama juga terkenal dengan Fuan no Tane (Seeds of Anxiety).
Mengapa manga ini istimewa?
PTSD Radio mempunyai koleksi cerita pendek seram yang berbeza di dalam manga walaupun akan ada yang berkait. Setiap bab manga ini dinamakan sempena frekuensi radio tertentu yang muncul semula sebagai bab lain untuk meneruskan sambungan cerita sebelum ini.

Perkembangan cerita manga ini berjalan dengan lancar sehinggakan kebanyakan pembaca gagal untuk memahami betapa menakutnya cerita-cerita tersebut. Sama seperti siri manga Junji Ito, gaya seni manga ini mengandungi elemen “body horror” dan reka bentuk hantu yang sangat menyeramkan. Ia memberikan kita pandangan daripada perspektif lain bahawa betapa seramnya setiap objek yang ada dalam kehidupan seharian kita.
Kenapa mangaka berhenti berkarya?
Beberapa tahun sebelum manga ini dimulakan, mangaka siri ini telah menyewa tempat kerja di mana dia boleh melakukan kerjanya. Dia juga telah mengupah pasukan untuk mengerjakan manga ini. Insiden seterusnya telah menyebabkan dia membuat keputusan untuk berhenti menulis PTSD Radio.

Perkara pertama yang ditemui oleh Masaaki Nakayama dan pasukannya di tempat baru ialah terdapat sebuah kuil yang rosak berdekatan di kawasan mereka. Berdasarkan mereka, kuil adalah tempat suci di mana orang datang untuk beribadat dan Masaaki Nakayama mendapati kuil tersebut agak luar biasa.
Namun dia tidak mempedulikan kuil itu kerana terlalu sibuk untuk mengejar tarikh akhir siri manganya. Pada suatu hari, seluruh pasukannya menghadapi perkara pelik seperti siling di rumah seperti dicakar, bau busuk seperti air longkang dan lampu terpadam secara tiba-tiba.

Keadaan bertambah teruk apabila beberapa ahli pasukannya mula ternampak bayang-bayang di dalam bangunan. Selepas itu, beberapa pekerjanya berhenti kerana menghidapi penyakit. Selepas berpindah, kali ini giliran Maasaki Nakayama pula menghidapi penyakit dan dia telah menerangkan keadaannya di akhir manga:
Lepuh darah berwarna hitam gelap terbentuk di seluruh bibir, lidah dan gusi saya dan tidak berhenti berdarah. Selain itu, badan saya dipenuhi dengan hematomas (tompok darah beku) dan saya mula milihat darah dalam air kencing dan najis saya. Saya tahu ini bukan perkara kelakar, jadi saya ke hospital untuk diperiksa dan…
Maasaki Nakayama berkongsi tentang situasinya menerusi lukisan manga ini

Menurut manganya, dia harus dimasukkan ke hospital secepat mungkin atau dia akan mati. Ini kerana badannya tidak menunjukkan sebarang platelet darah. Penyakit yang dijangkiti oleh Maasaki Nakayama ialah Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP), suatu kondisi di mana platelet menurun secara tidak normal dalam badan dan pebukaan darah berhenti. Ini menyebabkan pendarahan yang tidak jangka secara dalam dan luaran. Dia telah melukis situasi yang sama dengan penyakitnya dalam manga ini, di mana seseorang memuntahkan darah dan syaitan muncul dari muntah tersebut.
Dia kemudiannya telah menghidapi penyakit baru iaitu sebelah mukanya membengkak seperti belon dan suhu badannya menurun. Situasi itu juga telah dilukis di dalam manganya. Selepas perkara tersebut, dia telah membuat keputusan untuk tidak menyambung siri PTSD Radio dan sehingga kini tiada khabar berita tentang manga tersebut.
Buat masa ini, manga PTSD Radio sedang berada dalam kategori “hiatus tidak rasmi” kerana tiada pengumuman rasmi daripada Maasaki Nakayama. Tetapi ramai peminat telah menganggap siri tersebut sebagai selesai kerana apa yang dihadapi oleh mangaka itu benar-benar menyeramkan.
Jadi apa pendapat anda tentang kisah pelukis manga seram PTSD Radio ini, adakah rumah yang mereka menyewa tersebut berhantu? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai liputan mengenai anime, manga, game dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post