Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2019] Pelbagai mini-game lucu seperti Kart Racing, Menonton Wayang & PachiSlot di Yakuza 7!

Tradisi mini-game unik diteruskan di judul terbaru Yakuza 7.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2019 - Updated on September 14, 2019
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
[TGS 2019] Pelbagai mini-game lucu seperti Kart Racing, Menonton Wayang & PachiSlot di Yakuza 7!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Yakuza sangat dikenali dengan mini-games yang tidak masuk akal, dan walaupun Yakuza: Like a Dragon menandakan sebuah reboot, judul ketujuh dalam siri ini masih menyimpan tradisi ini – walaupun ia tidak sama seperti dahulu dengan perubahan seperti pertempuran turn-based. Butiran baru dari majalah Jepun gaming Famitsu mendedahkan bahawa kamu juga akan mendapat versi Mario Kart sendiri.

Dragon Kart, seperti yang dipanggil dalam terjemahan di Gematsu, akan menjadi permainan perlumbaan di mana kamu memandu kart di jalan-jalan Yokohama. Kamu akan menerima power-up selepas melanggar peti, yang membolehkan kamu menembak senjata seperti pistol Gatling dan rocket launcer ke arah musuh.

Kamu juga dapat bermain aktiviti lain yang menyeronokkan. Sebagai contoh, protagonis Ichiban Kasuga mempunyai kesukaran untuk berjaga semasa menonton wayang, jadi satu mini-game meminta pemain untuk terus berjaga di teater. Satu lagi mini-game membolehkan kamu main PachiSlot, untuk pengalaman arcade Jepun yang paling asli.

Gematsu juga menyeneraikan keupayaan istimewa iaitu Summon, yang dapat diaktifkan melalui telefon pintar selepas membayar beberapa yen untuk memanggil pembantu-pembantu termasuk cameo-cameo oleh pelbagai yakuza dan seekor udang karang.

Yakuza: Like a Dragon pada masa ini hanya dijadualkan untuk pelancaran di PlayStation 4, tetapi kebanyakkan judul baru dalam siri telah muncul di PC. Moga kami tidak menunggu terlalu lama kali ini.

Sumber – Gematsu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon KartIchiban KasugaPlayStation 4yakuzayakuza: like a dragon
Previous Post

Trials Rising mengumumkan DLC baru, Demo percuma & Musim baru! Main sekarang!

Next Post

[TGS 2019] Sam bukan bersendirian di dalam dunia DEATH STRANDING!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[TGS 2019] Sam bukan bersendirian di dalam dunia DEATH STRANDING!

[TGS 2019] Sam bukan bersendirian di dalam dunia DEATH STRANDING!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd