Apabila TM mengumumkan tentang menaik taraf kelajuan internet mereka kepada pengguna Unifi sedia ada awal tahun ini akan datang di dalam pelan Unifi Turbo. Syarikat meninggalkan banyak informasi dari pengumuman tersebut dan hanya akan mendedahkannya pada taklimat lain pada minggu hadapan. Walaubagaimanapun, TM ada menyebut tentang pelanggan akan dapat kelajuan lebih dari dua kali dengan pelan baru ini.
Agak samar apabila TM umumkan tentang peningkatan kelajuan lebih dari dua kali, tetapi, respon dari TM menerusi Unifi Official Twitter Account telah menunjukkan angka:
Hi there! Just to clarify, the unifi turbo plans will have a 10X increase in broadband speeds at no additional cost to existing home and business customers 😊
— Yunni (@unifi) July 3, 2018
Beberapa orang mendapat respon sebegini dari Unifi, tetapi, bagi aku, agak susah nak percaya lah kan. 10 kali ganda! 10mbps jadi 100mbps, 30mbps jadi 300mbps, 50mbps jadi 500mbps dan 100mbps akan jadi 1 gbps. 1gbps wei, bukan calang-calang dah tu. Harap apa yang diperkatakan tu, betul lah kan. Tak nak lah cakap je, tapi tak ditunaikan. Walaubagaimana pun, buktikan TM!!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post