Pada hujung minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita tergempar di mana Henry Cavill tidak akan kembali memainkan watak Geralt of Rivia pada musim seterusnya dalam The Witcher. Dan pada minggu ini, kita telah didedahkan dengan sebab kenapa Henry Cavill lepaskan watak tersebut kepada Liam Hemsworth.

Menurut laporan daripada Deadline, Henry Cavill melaporkan yang dia merasakan yang masanya sudah tiba untuk beralih daripada rancangan itu kerana sebelum ini, dia telah menandatangani perjanjian jangka masa pendek bersama Netflix.
Dalam laporan itu juga menyebut bahawa The Witcher mempunyai jadual pengeluaran yang sangat mencabar dan memerlukan pelakon tersebut ke luar negara bagi menjalankan penggambaran. Sudah pasti Henry Cavill dan Netflix tidak mengulas tentang perkara ini.
Semasa pengumuman tersebut dilakukan, Cavill langsung tidak memberikan sedikit pandangan tentang keputusannya malah menggunakan masa itu untuk mengucapkan semoga berjaya kepada Liam Hemsworth.

Perjalanan saya sebagai Geralt of Rivia telah dipenuhi dengan kedua-dua raksasa dan pengembaraan, dan malangnya, saya akan meletakkan “medallion” dan pedang saya untuk Musim 4. Sebagai ganti saya, Liam Hemsworth yang hebat akan menyandang gelaran “White Wolf.
Seperti watak sastera terhebat, saya memberi penghormatan kepada masa yang dihabiskan untuk menjelmakan Geralt dan bersemangat untuk melihat pandangan Liam mengenai perkara ini. Liam, watak ini mempunyai kedalaman yang luar biasa kepadanya, nikmatilah menyelam dan lihat apa yang anda boleh temui.
Menurut Henry Cavill

Selain itu, terdapat juga beberapa teori konspirasi yang disebarkan di Twitter di mana mereka mengatakan Henry Cavill telah dipaksa keluar kerana perbezaan kreatif dengan pasukan produksi yang membuat perubahan besar kepada novel asal.
Memandangkan musim 3 The Witcher akan ditayangkan pada musim panas 2023, kami beranggapan yang Geralt of Rivia versi Liam Hemsworth akan dilihat sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Namun, apa-apa pun boleh berlaku. Jadi, layan ah dulu The Witcher musim 3 dengan melihat Henry Cavill memainkan watak Geralt buat kali terakhir.

Geralt of Rivia bukan sahaja watak terkenal di dalam siri Netflix The Witcher malah dia merupakan seorang watak game yang dikenali oleh ramai gamer. Jadi, untuk memegang watak Geralt ini agak berat sekali untuk memenuhi jangkaan ramai peminat. Apapun, kami ucapkan semoga berjaya kepada Liam Hemsworth untuk membawa watak Geralt of Rivia.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai The Witcher daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post