Populariti siri The Boys sedang meningkat selepas tayangan musim ke-3 dan nampaknya telah mengambil perhatian Hideo Kojima, sang pencipta kepada francais Metal Gear dan Death Stranding. Tidak lama selepas itu, pelakon kepada watak Homelander meluahkan niatnya supaya Hideo Kojima mencipta game berdasarkan siri The Boys.

Kisahnya bermula begini. Baru-baru ini, Hideo Kojima membincangkan pendapatnya tentang The Boys di Twitter dengan berkata bahawa dia telah “berhenti selepas 3 episod daripada Musim 1”. Topik ini jadi semakin menarik selepas Kojima mendedahkan bahawa projek yang dia “telah mengusahakan untuk tempoh masa yang lama” perlu ditangguhkan kerana konsepnya amat dengan siri The Boys pada masa itu.
Tweet ini menjadi viral dan siapa sangka, Kojima menerima respon daripada pencipta siri Eric Kripke yang menggalakkan Kojima untuk meneruskan adaptasi langsung bagi game dengan menyatakan bahawa bersama-sama mereka boleh “team up and conquer!”
Bukan itu sahaja, respon Kripke turut disokong oleh Antony Starr, yang berlakon sebagai watak Homelander – sang antagonis dan watak jahat dalam siri. Buat masa ini, Kojima masih belum memberi jawapan kepada Kripke dan Starr atas jemputan mereka.
Kripke dan Starr mahu Kojima meneruskan projek game-nya yang ala The Boys dan jika dia setuju dengan idea mereka, nampaknya Kojima perlu bekerjasama dengan Amazon memandangkan mereka pun ada pengalaman mencipta game seperti New World.

Buat sesiapa yang tidak tahu, The Boys ialah:
Siri televisyen adiwira Amerika yang dibangunkan oleh Eric Kripke untuk perkhidmatan penstriman Amazon Prime Video. Siri ini berdasarkan buku komik dengan nama yang sama oleh Garth Ennis dan Darick Robertson, yang asalnya diterbitkan oleh DC Comics di bawah terbitan Wildstorm sebelum berpindah ke Dynamite Entertainment.
Jalan ceritanya mengisahkan sebuah pasukan vigilante ketika mereka memerangi individu adiwira atau berkuasa super yang menyalahgunakan kebolehan mereka.
Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Hideo Kojima, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post