Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pekerja Hobby Japan mempertahankan isu scalper dan penjualan figura di pasaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 26, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Gunpla
0 0
0
Pekerja Hobby Japan mempertahankan isu scalper dan penjualan figura di pasaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Majalah Gunpla bulanan Hobby Japan telah mengeluarkan pengumuman meminta maaf melalui akaun Twitter setelah salah seorang penulisnya didapati mempertahankan isu ‘scalper’ dan penjualan produk pihak ketiga. Mereka menyatakan bahawa syarikat tidak menyokong kata-kata pekerja tersebut, dan akan menghukum dia selaras dengan polisi syarikat.

【当社編集者のSNS等における発言につきまして 】 pic.twitter.com/Grkcln1bxY

— ホビージャパン編集部 (@HobbyJapan_MAG) July 24, 2021

Majalah itu dilanda kontroversi setelah penggemar Gunpla baru-baru ini mendapati bahawa salah seorang penulisnya telah menulis artikel secara terbuka yang mempertahankan ‘scalping’ dan penjualan model, yang biasanya dilarang oleh pengeluar. Pekerja tersebut bukan sahaja mempertahankan perkara ini, malah dia juga memalukan para penggemar Gunpla dan menyatakan bahawa itu peminat “tidak cukup berusaha” untuk membeli model-model yang diingini.

Majalah Hobby Japan

Mengenai hal ini, Hobby Japan memberi respon bahawa pihak mereka tidak bersetuju dengan amalan penjualan semula dan ‘scalper’, dengan menjelaskan bahawa pendapat pekerja itu “tidak boleh diterima” memandangkan dia pun bekerja di industri ini. Majalah itu menambah bahawa pihak mereka akan mendisiplinkan pekerja menurut peraturan syarikat, tetapi tidak menjelaskan apa akan terjadi kepada penulis itu dan jika dia masih akan kekal di dalam syarikat.

Isu ‘scalper’ dan penjualan pada harga yang terlampau tinggi kini menjadi masalah besar di seluruh dunia sejak akhir-akhir ini. Produk yang terlibat bukan sahaja Gunpla kerana konsol PlayStation 5 dan GPU RTX pun dikenal pasti menghadapi isu yang sama. ‘Scalping’ bermaksud pembelian model dari pengeluar secara besar-besaran sehingga stok habis, lalu membolehkan penjual membuat situasi ‘stok terhad’.

Dalam situasi ini, penjual akan menaikkan nilai harga secara drastik untuk mendapatkan keuntungan. Amalan ini dilarang oleh setiap pengeluar tetapi malangnya, ia tidak mempunyai kesan pada pasaran semasa. Hasilnya adalah kebanyakan pengguna tidak dapat membeli barang yang mereka ingini, lantas mempengaruhi penjualan secara tempoh jangka masa panjang.

Sumber – Hobby Watch

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GPUgunplaHobby JapanisuJepunps5scalper
Previous Post

Filem Anime Dragon Ball Super: Super Hero makin hype dengan pendedahan terbaru!

Next Post

Memang gempak penuh aksi lah! Filem terbaru “Biubiubiu” berinpirasi PUBG di China didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Memang gempak penuh aksi lah! Filem terbaru “Biubiubiu” berinpirasi PUBG di China didedahkan!

Memang gempak penuh aksi lah! Filem terbaru "Biubiubiu" berinpirasi PUBG di China didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd