Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PC Game Pass Naik Harga, Dari RM15 Ke RM20!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2024
in Artikel, Berita, PC, PC Game Pass
0 0
0
PC Game Pass Naik Harga, Dari RM15 Ke RM20!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita malang untuk para pemain PC di Malaysia kerana hari ini, Microsoft telah mengumumkan kenaikan harga untuk PC Game Pass, yang berkuat kuasa 10 Julai 2024 untuk ahli baharu. Dahulu hanya RM15 sebulan, harga baharu kini ditetapkan pada RM20.

Kredit: Microsoft

Berita ini diumumkan melalui FAQ Microsoft yang menjelaskan bahawa perubahan harga akan dikenakan kepada semua jenis langganan termasuk Xbox Game Pass Ultimate, Xbox Game Pass Core dan PC Game Pass. Malah, mereka turut memperkenalkan Xbox Game Pass Standard, yang digantikan dengan Xbox Game Pass for Console.

Bukan itu sahaja, langganan Xbox Game Pass Standard baharu juga tidak akan memberi akses kepada game yang dilancarkan pada hari pertama, sebaliknya game seperti ini akan ditambahkan ke perpustakaan pada tarikh kemudian. Jika ingin bermain game baharu yang dilancarkan pada hari pertama, anda perlu langgan Xbox Game Pass Ultimate.

Nasib baiklah, PC Game Pass masih menyokong pelancaran game pada hari pertama, jadi anda tidak perlu risau.

Memandangkan negara kita masih belum menyokong semua jenis langganan ini secara rasmi (selain daripada PC Game Pass), Microsoft tidak menjelaskan harga di Malaysia.

Kredit: Microsoft

Untuk melihat kemas kini harga terbaharu, anda boleh rujuk PDF INI!

Buat masa ini, harga PC Game Pass di laman web rasmi Malaysia masih belum berubah, dan masih tertera nilai RM15 untuk sebulan. Jika berminat, anda boleh mencuba sesi Trial selama 14 hari yang berharga RM5.

Kredit: Microsoft
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCPC Game Pass
ShareTweetSend
Previous Post

Overwatch 2 x Transformers Tambah Empat Skin Baharu – Tersedia Sekarang!

Next Post

Filem Anime ‘Bocchi the Rock! Recap Part 1’ Akan Datang Ke Pawagam Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Filem Anime ‘Bocchi the Rock! Recap Part 1’ Akan Datang Ke Pawagam Malaysia!

Filem Anime 'Bocchi the Rock! Recap Part 1' Akan Datang Ke Pawagam Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd