Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PAYDAY 3 Beta — Pandangan Pertama Misi Dalam Entri Baharu!

Maira by Maira
August 15, 2023
in Artikel, Berita, Game, Pandangan Pertama
0 0
0
PAYDAY 3 Beta — Pandangan Pertama Misi Dalam Entri Baharu!

Sumber imej: Starbreeze

Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran PAYDAY 3 semakin menghampiri, sudah tentu sesi ujian beta akan bermula. Kami berpeluang untuk mencuba bermain PAYDAY 3 beta tersebut. Tidak banyak kandungan yang tersedia untuk kami mainkan kerana hanya ada satu peta dan empat Heister sahaja yang tersedia. Seperti yang diumumkan sebelum ini, entri payday terbaru ini memerlukan pemain untuk sentiasa dalam talian dan perlu log masuk akan Starbreeze. Jadi anda yang ingin mainkan game tersebut apabila lancar nanti, jangan lupa untuk buka akaun anda.

Tentang misi

Untuk versi beta ini, tiada mode standalone tersedia. Pemain perlu membentuk sekumpulan empat orang untuk masuk ke dalam game dan mula bermain. Seperti yang kami nyatakan di atas, hanya ada satu misi sahaja yang tersedia bersama empat watak. Misi yang tersedia meminta pemain untuk habiskan inventori dalam bank. Untuk misi ini, pemain boleh memilih untuk selesaikannya secara stealth atau terus terjah dan mula menembak.

Sumber: Starbreeze

Pengalaman bermain

Sebelum memulakan heist, pemain boleh memilih senjata dan peralatan yang mereka ingin bawa. Sama seperti game terdahulu, mereka boleh dilengkapi dengan senjata utama, senjata kedua, perisai badan, peralatan dan banyak lagi. Terdapat juga peralatan daripada pakej bekalan yang mengandungi peluru simpanan, yang sememangnya berguna untuk misi stealth. Terdapat juga sistem senjata baharu yang dipanggil “Overkill Weapon” yang membolehkan pemain untuk menggunakannya apabila bar “Overkill” penuh.

Sumber: Starbreeze

Walau bagaimanapun, pemain tidak perlu susah payah untuk sembunyikan senjata. Selagi senjata api yang dipakai mempunyai silencer, senjata yang besar tidak akan menjejaskan misi stealth anda. Pemain juga boleh sediakan suppressed pistol dan pistol yang mampu untuk melawan polis, supaya mereka boleh meneruskan misi walaupun gagal.

Sebagai tambahan, setiap senjata mempunyai level tersendiri malah interface untuk skill tree juga telah dipermudahkan. Setiap branch daripada yang berbeza dibahagikan terus kepada skill tree yang berbeza dan terdapat tiga lagi pasif yang boleh pemain trigger.

Sumber: Starbreeze

Bercerita tentang senjata, pemain masih boleh mengubahsuai senjata mereka dalam game. Memandangkan setiap senjata mempunyai level mereka tersendiri, anda yang inginkan aksesori dan mengubahsuai senjata, anda perlu upgrade senjata tersebut.

Terdapat tiga kawasan berbeza dalam peta iaitu Public, Private dan Secure Area. Kalau anda berada di kawasan Public tanpa topeng, tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Apabila berada di kawasan Private, walaupun anda tidak memakai topeng, anda akan disedari oleh pengawal. Tetapi anda tidak akan terus gun battle tetapi anda akan digari malah alarm juga tidak akan kena trigger. Berbeza pula dalam Secure Area, kalau anda tidak memakai topeng, dijumpai oleh pengawal, alarm akan mula berbunyi dan bermulanya battle.

Sumber: Starbreeze

Pada masa yang sama, ia nampaknya mengurangkan kesukaran stealth. Mengikat tebusan tidak lagi menggunakan sumber, dan terdapat lebih banyak pinhole kamera yang boleh dipasang pada pengawal. Ini membantu pemain berjaya menyelesaikan misi rompakan tanpa menarik perhatian orang lain.

Ada satu lagi benda yang kami rasa mendapat perubahan yang besar, ianya mekanik lockpicking. Ia kini menjadi mini game dalam Payday 3 dan dengan hanya menekan butang pada masa yang tepat, lock picking boleh selesai dengan cepat. Walaupun ini menjadikan game lebih menarik dan realistik, ia boleh menjadi satu halangan dalam senario tertentu.

Sumber: Starbreeze

Jika rakan sepasukan secara tidak sengaja melakukan kesilapan dan rancangan stealth gagal, pemain tidak perlu risau. Malah ada juga perubahan yang diberikan untuk tebusan. Mereka kini boleh digunakan untuk melambatkan serangan polis dan memberikan masa tambahan kepada rakan anda untuk bersedia untuk pertarungan.

Gameplay juga tidak begitu berubah dan ia sebenarnya sama seperti game terdahulu. Pemain masih lagi perlu menggunakan pelbagai senjata untuk melawan musuh dan cuba untuk tidak ditangkap oleh polis. Cuma di sini sahaja pemain boleh gunakan senjata Overload yang kami nyatakan di atas. Itu sahaja perubahan yang kami sedari semasa bermain beta Payday 3.

Sumber: Starbreeze

Tamat sahaja misi, game akan menunjukkan jumlah exp serta duit yang akan mereka dapat. Menariknya, mata wang yang digunakan telah berubah kepada “C-Stack.” Duit yang kita dapatkan daripada heist perlu ditukar kepada C-Stack , barulah boleh digunakan untuk membeli lebih banyak peralatan dan kosmetik. Cuma ada satu sahaja masalah, C-Stack yang ditukar tidak boleh ditukar kembali menjadi wang. Jadi kena rancang penggunaannya dengan betul.

Sumber: Starbreeze

Kesimpulan

Sejujurnya, kami rasa Payday 3 masih mempunyai tarikan yang menarik untuk dicuba oleh pemain. Ditambah pula dengan beberapa perubahan yang dilakukan, ia memberikan sedikit cabaran serta memudahkan pemain semasa melakukan heist. Tetapi melihat perubahan kecil pada ciri stealth, ia mungkin menjadikan game semakin mudah tetapi ia juga menguji cara anda bekerja sebagai pasukan.

Payday 3 akan dilancarkan pada 21 September 2023 di PS5, Xbox Series, Xbox Game Pass dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan berita menarik tentang game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: paydayPayday 3
ShareTweetSend
Previous Post

Pecah rekod! Baldur’s Gate 3 mendahului carta “game PC terbaik dalam sejarah”!

Next Post

Bot jadi punca! Ramai pemain CS:GO server Asia ditendang keluar daripada game!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Bot jadi punca! Ramai pemain CS:GO server Asia ditendang keluar daripada game!

Bot jadi punca! Ramai pemain CS:GO server Asia ditendang keluar daripada game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd