Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Patung Skala Penuh RX-78F00 Dibina Untuk ‘Gundam Next Future Pavilion’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2024
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
Patung Skala Penuh RX-78F00 Dibina Untuk ‘Gundam Next Future Pavilion’
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco mengumumkan mereka akan mendirikan patung RX-78F00 berskala penuh daripada siri ikonik Mobile Suit Gundam di GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION di wilayah Kansai, Jepun. Secara khusus lagi, patung dan GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION akan dipamerkan di “2025 Japan World Expo” yang akan berlangsung 13 April hingga 13 Oktober 2025.

Dibina buat pertama kali di rantau Kansai, patung itu akan menggunakan semula bahagian Gundam bersaiz sebenar dari “GUNDAM FACTORY YOKOHAMA”, yang diadakan di Bandar Yokohama, wilayah Kanagawa dari Disember 2020 hingga Mac 2024.

Kredit: Gundam.Info

Malangnya, patung baharu yang berukuran kira-kira 17 meter tinggi itu tidak akan bergerak, tetapi sebaliknya akan melutut dengan satu tangan menunjuk ke langit, seolah-olah ingin mencapai alam semesta dan masa depan.

Selain itu, diorama bersaiz 1/100 dan imej reka bentuk luaran untuk GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION juga telah dikongsikan.

Kredit: Gundam.Info

Menurut pengumuman, reka bentuk luaran pavilion diilhamkan oleh “lapangan terbang angkasa” futuristik, yang ingin mengekspresikan pandangan dunia di mana manusia mengembangkan hidup mereka ke angkasa lepas. Bangunan itu dijadualkan akan siap pada bulan Julai dan pameran yang menampilkan siri Mobile Suit Gundam akan diadakan di dalam pavilion – butiran akan diumumkan kemudian.

Kredit: Gundam.Info

Selain itu, kempen “GUNDAM CONNECT ACTION” kini diadakan sebagai sebahagian daripada acara global “GUNDAM NEXT FUTURE -ROAD TO 2025-” bagi memperingati ulang tahun ke-45 siri Mobile Suit Gundam, dengan mengumpulkan mesej dan memori daripada peminat berkenaan francais mecha tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gundam Next Future Pavilion
ShareTweetSend
Previous Post

G Gundam Umum Projek Spin-off ‘Tenchi Tengaku’, Lima Gundam Misteri Tampil!

Next Post

Xiaomi Malaysia Umum Redmi Pad Pro, Harga Early Bird Semurah RM999!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Xiaomi Malaysia Umum Redmi Pad Pro, Harga Early Bird Semurah RM999!

Xiaomi Malaysia Umum Redmi Pad Pro, Harga Early Bird Semurah RM999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd