Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Patch update terbaru Re:Legend daripada Malaysia diumumkan! Satu langkah makin dekat ke pelancaran global!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 26, 2020
in Artikel, Berita, Genre, Indie, Nintendo Switch, PC, Steam, Tempatan
0 0
0
Patch update terbaru Re:Legend daripada Malaysia diumumkan! Satu langkah makin dekat ke pelancaran global!
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika Magnus Games daripada Malaysia bersiap-siap untuk keluaran versi 1.0, sebuah kemas kini besar akan datang ke Steam Early Access pada 27 November. Pertama sekali, adaptasi konsol Re: Legend sedang diusahakan dan ini adalah sedikit teaser untuk anda semua di Nintendo Switch. Mereka berhasrat untuk mengeluarkan Re: Legend di semua platform dan versi 1.0 dalam Q1 tahun 2021, yang akan berlaku tidak lama lagi!

https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2020/11/01d03787e299664e29965eb31fc9e295_h264_high.mp4

Fitur Baru

Magnus Games telah memperkenalkan beberapa fitur baru yang digodakan sejak awal permainan lagi. Pertama ialah pengenalanan Field of White dan Field of Firestorm. Kedua-dua Runestone ini memberikan lapisan tambahan pada pertempuran dan boleh didapati di kedai Yuri the Witch bersama dengan Runestone lain yang ditambahkan ke dalam permainan.

 

1 of 2
- +

Selain itu, Papa Pia’s Pearl Shop juga dibuka untuk pemain membelanjakan semua Pearl yang dikumpul. Salah satu barang terpenting untuk beli ialah Gigantizer yang membolehkan tanaman tumbuh dengan sangat besar! Lebih banyak barang akan ditambahkan ke Pearl Shop ketika permainan dikemas kini beransur-ansur.

Selanjutnya, Caren si tukang kayu kini menjual perabot buatan tangan untuk pemain menghias rumah. Anda kini boleh membeli perabot, hiasan, kertas dinding, jubin lantai, meja memasak, dan banyak lagi dari kedai Caren. Setelah membeli perabot, anda akan dapat mengubah suai rumah dengan bebas dan bergaya!

Untuk aspek pertempuran, pemain kini boleh membangunkan pasangan ketika mereka kalah dalam pertempuran supaya kita tidak perlu lari ke Barn. Mereka dapat menyertai anda semula dalam pertempuran selepas 5 saat. Perlu diingat bahawa jika anda membiarkan pasangan pengsan ketika bergerak ke lokasi lain, ia akan merosakkan kepercayaan mereka dan memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan kembali kepercayaan yang hilang. Sebagai tambahan, mereka menambahkan fitur bermanfaat untuk permainan yang membolehkan pemain teleport pulang ke rumah secara langsung dengan bantuan Mini Totem! Mini Totem dijual di Emilia’s Shop dengan harga 200G.

Untuk meningkatkan kualiti peralatan dalam permainan, Magnus Games telah membuat beberapa perubahan lain dengan menambahkan “Grade” semasa sesi “crafting“. Setiap peralatan yang dihasilkan akan mempunyai ciri-ciri unik dan memberikan sumbangan yang berbeza terhadap kekuatan watak. Grade akhir item adalah bergantung kepada kemahiran pemain dan keputusan mini-game. Terdapat 9 Grade berbeza secara keseluruhan.

Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, kedua-dua peralatan tersebut adalah Thornfluff Cap tetapi ia sangat berbeza daripada segi kekuatan. Supreme Grade sudah pasti lebih kuat daripada Excellent kerana statistik asasnya lebih tinggi dan ia juga memberikan lebih banyak slot Enhancement. Pada masa yang sama, kedua-dua peralatan memberikan pelbagai utiliti. Thornfluff Cap (Excellent Grade) memberikan +15 Physical DEF manakala Thornfluff Cap (Supreme Grade) memberikan +20 Magic DEF.

Akhir sekali ialah sistem Mailbox di mana pelbagai NPC dapat menghantar surat kepada pemain! Siap sedia untuk menerimanya surat-surat penting ini kerana ia mungkin akan mengandungi maklumat tentang acara penting atau ganjaran unik semasa anda meneruskan permainan.

Sistem Multiplayer & Bahasa

Multiplayer kini sedang diusahakan dan pelbagai aspek multiplayer sedang ditangani oleh pasukan untuk membuang sejumlah masalah dalam permainan bagi memastikan permainan mempunyai pengalaman multiplayer yang hebat ketika dilancarkan. Bagi bahasa, pasukan sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan permainan dapat dimainkan dalam pelbagai bahasa seperti Jepun, Cina, Thai, Perancis dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa penambahan & perubahan lain (pautan untuk patch note penuh disediakan di bawah):

  • Kemas kini UI
  • Kemas kini VFX
  • Perubahan keseimbangan
  • Pembetulan Bug

Baca di sini untuk senarai penuh.

Adakah anda teruja untuk kemas kini Early Access Re: Legend? Beritahu saya di ruang komen sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Magnus GamesMalaysianintendo switchPCRe: LegendsteamUpdate
Previous Post

ROCKMAN X DiVE X Mega Man EXE Lindungi Dunia dari Penjenayah Rangkaian!

Next Post

Jimat duit kaw-kaw dengan Square Enix Red & Black Friday Sale! Diskaun untuk FF7 Remake, Avengers, Kingdom Hearts 3 & lain-lain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

‘Gunbound’ Akan Kembali Tidak Lama Lagi, Game Artileri Klasik Kini Berwajah Baharu
Berita

‘Gunbound’ Akan Kembali Tidak Lama Lagi, Game Artileri Klasik Kini Berwajah Baharu

June 4, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Next Post
Jimat duit kaw-kaw dengan Square Enix Red & Black Friday Sale! Diskaun untuk FF7 Remake, Avengers, Kingdom Hearts 3 & lain-lain!

Jimat duit kaw-kaw dengan Square Enix Red & Black Friday Sale! Diskaun untuk FF7 Remake, Avengers, Kingdom Hearts 3 & lain-lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd