Setelah hampir 7 bulan tiada perkembangan terbaru, hari ini Blizzard Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan patch Chain of Domination untuk World of Warcraft: Shadowlands. Patch baru ini bakal dilancarkan pada 29 Jun dan akan menyediakan pelbagai kemaskini untuk para pemain mereka.
Blizzard menyatakan bahawa patch Chains of Domination akan membuka subzon baru bernama Korthia, City of Secrets di The Maw. Disebabkan berlaku pencerobohan oleh empat Covenant, pemain perlu menggunakan mount mereka dan mematikan Eye of the Jailer, untuk memberi lebih banyak masa meneroka zon tersebut setiap hari. Kemaskini baru ini juga akan ada beberapa quest baru dan kempen Covenant yang boleh dimainkan, eight-boss-mega-dungeon baru, raid baru, The Sanctum of Domination, bersama 10 boss baru termasuk Sylvanas Windrunner.
Selain itu, misi raid The Sanctum of Domination akan dibuka pada kesukaran tahap normal bermula 6 Julai, iaitu seminggu selepas patch Chains of Domination dilancarkan, serta membuka beberapa kandungan baru sehingga hujung Ogos. Berikut adalah senarai kandungan baru bersama tarikh ketibaan:
- 13 Julai – Raid Finder Wing 1 dan Mythic Difficulties (The Tarragrue, The Eye of the Jailer, The Nine)
- 27 Julai – Raid Finder Wing 2 (Soulrender Dormazain, Remnant of Ner’zhul, dan Painsmith Raznal)
- 10 Ogos – Raid Finder Wing 3 (Guardian of the First Ones, Fatescribe Roh-Kalo, dan Kel’Thuzad)
- 24 Ogos – Raid Finder Wing 4 (Sylvanas Windrunner)
Bagi pemain yang ingin terus bermain kandungan raid baru, anda boleh melihat preview Sanctum of Domination yang menampilkan bos-bos yang akan anda hadapi, serta hadiah menarik yang diberikan oleh Blizzard. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai patch Chain of Domination ini laman rasmi World of Warcraft: Shadowlands. Untuk membaca segala liputan kami mengenai WoW, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post