Pertama kali diumumkan pada E3 2019, Tom Clancy’s Elite Squad adalah permainan real-time strategy yang menugaskan pemain untuk membina pasukan yang terdiri daripada watak-watak ikonik Ubisoft, serta beberapa yang tidak terkenal.
https://twitter.com/tcelitesquad/status/1225720496139968513
Selepas sekian lama mendiamkan diri, kita sekarang tahu bahawa game itu dijadualkan untuk pelancaran pada akhir tahun ini bagi peranti Android. Seperti yang dijangkakan, ia akan dilancarkan untuk negara-negara khusus terlebih dahulu. Negara tersebut masih tidak diketahui, tetapi ia mungkin ialah Filipina, Australia, atau New Zealand.
https://www.facebook.com/tcelitesquad/photos/a.453953622086006/472284580252910/?type=3&theater
Pertempuran di sini agak “fast-paced“, dengan pasukan yang terdiri daripada 5 pemain sedang bertarung sesama sendiri untuk mendapat ganjaran-ganjaran menarik. Anda boleh mengumpul watak-watak dari siri Splinter Cell, The Division, Rainbow Six, dan Ghost Recon. Pasti ramai yang ingin merebut watak Sam Fisher kan? Visual di dalam Tom Clancy’s Elite Squad lebih bersifat realisme dan menggambarkan adegan peperangan dengan lebih tepat.
https://www.facebook.com/tcelitesquad/photos/a.453953622086006/453951665419535/?type=3&theater
Jika anda peminat sejati game peperangan, Tom Clancy’s Elite Squad adalah pilihan terbaik untuk anda. Bagi mereka yang menggunakan peranti iOS pula, jangan risau. Pada penghujung tahun ini, para developer menjanjikan bahawa permainan ini sudah lengkap untuk semua orang bermain.
@gamersantaimy
Discussion about this post