Selain daripada acara ESL One yang berlangsung di Kuala Lumpur, ada satu lagi kejohanan Dota 2 yang telah berlangsung di Global ESports Games (GEG). Pasukan Dota 2 negara, Grills Gaming sekali lagi menyertainya setelah kalah kepada Thailand tahun lepas. Tetapi usaha mereka tidak disia-siakan selepas berjaya mendapatkan emas dalam kejohanan tersebut pada tahun ini!
Pasukan Dota 2 Malaysia ini telah mengongsikan kejayaan mereka melalui Facebook. Mereka turut meluahkan rasa terima kasih kepada jurulatih mereka, WinteR dan juga penyokong yang sentiasa bersama mereka.
Pasukan Grills Gaming yang terdiri daripada pemain iStarx, Hishiko, Butterfly, velnaoh, Lynnie dan Aurora telah memulakan pertarungan yang hebat daripada awal sehingga akhir! Seperti tahun lepas, mereka telah bertemu semula dengan Thailand dan berjaya mengalahkan mereka dengan skor 2-0 sebelum memajukan diri ke peringkat semi-final. Setelah mengalahkan pasukan Argentina dengna skor yang sama, mereka telah bertemu dengan pasukan Peru sebelum memenangi pingat emas!

Kalau anda ingin tahu Global Esports Games 2023 telah berlangsung di Riyadh, Arab Saudi bermula 12 Disember sehingga 17 Disember yang lalu. Ia merupakan acara kejohanan esukan global yang memaparkan pelbagai game esukan. Lebih daripada 300 atlet telah sertai acara tersebut bersama pasukan masing-masing dalam kejohanan besar ini.
Tahniah kami ucapkan kepada Grills Gaming dan semoga berjaya dalam kejohanan-kejohanan akan datang! Untuk mendapatkan berita terkini mengenai esport daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post