Beberapa hari lepas kat DeLand, Florida ada satu pasangan yang sedang main Call Of Duty Black Ops 4 yang memang menjadi sangat competitive, sehingga polis datang rumah kerana ingatkan berlaku “Domestic Violence” akibat si suami menjerit “that is my gun, give it to me” dan “Please don’t Kill me” yang membuatkan jiran sebelah ingatkan berlaku pergaduhan yang sangat besar.
Rupa-rupanya ada couple yang hanya main game dan Polis menanyakan adakah semua keadaan ok ataupun tidak, tetapi ianya hanya satu pasangan yang keliru kenapa polis datang rumah ketika mereka sedang main game di rumah mereka sendiri, untuk pengetahuan korang Black Ops 4 ni takde Co-op Campaign so most likely diorang main Battle Royale punya stage yang sampai jadi kompetitif.
Jadi, ingat semua kalau nak main game tu boleh je, tapi jangan jerit macam kumpulan death metal, make sure jangan bagi jiran dengar tetapi puji la player tu sikit, kalau asyik marah je tak seronok la pulak kan? Kalau degil gak sampai polis datang rumah, tu salah korang la.
@gamersantaimy
Discussion about this post