Park Beyond akan dilancarkan pada bulan Jun nanti, dan kami berpeluang untuk sertai ujian beta tertutup game lebih awal. Jadi ini pandangan kami mengenainya. Untuk ujian beta tertutup Park Beyond kali ini, kami telah bermain 3 kempen yang tersedia. Terdapat juga sebuah taman eksplorasi dalam mode sandbox. Jika yang dibandingkan dengan versi sebelumnya, kami perasan bahawa terdapat tambahan pada ciri dan fungsi dalam game ini. Bukan setakat itu sahaja, game juga kelihatan lebih digilap walaupun masih mempunyai bug kecil. Jom kami ceritakan sikit mengenai tiga campaign yang kami mainkan dalam beta Park Beyond ini!
Campaign 1
Terdapat pelbagai pengalaman yang akan dialami sepanjang tiga campaign yang tersedia. Untuk campaign pertama, anda sebagai pemain seolah-olah dibangunkan daripada mimpi dan seorang NPC, Blaize akan membimbing anda untuk membina roller coaster. Jadi sepanjang campaign ini, anda hanya cuba membina roller coaster anda tersendiri.
Campaign 2
Setelah selesai campaign pertama, anda boleh pilih untuk terus ke campaign kedua atau terus membina roller coaster anda. Jika anda pilih untuk teruskan, akan ada cutscene dimainkan dan anda akan diperkenalkan kepada lebih ramai NPC. Watak pertama ialah Phil, seorang “Visioneer” seperti protagonis, yang mempunyai idea yang hebat. Dialah yang akan menjadi pembimbing anda semasa campaign kedua. Seterusnya kita berjumpa dengan Izzy, CEO kepada Cloudstormer yang merupakan nama kepada taman tema sepanjang campaign.
Dalam campaign ini, anda ditugaskan untuk membaiki dan menjadikan taman tema lama itu kelihatan hebat semula. Senang cerita, ia seperti tutorial kepada pemain untuk menguruskan taman tema. Sebagai contoh, pemain akan mempelajari beberapa asas untuk membina path atau meletakkan flat ride.

Anda juga perlu membuat beberapa pilihan semasa cutscene campaign. Ada beberapa pilihan yang akan mempengaruhi hasil, sebagai contoh anda perlu memilih kumpulan sasaran anda ataupun tema untuk taman tersebut. Selepas memilihnya, akan ada milestone yang perlu pemain capai. Tetapi kalau anda tidak berpuas hati dengan pilihan tersebut, anda boleh redo cutscene tersebut dan menukar pilihan anda.

Selepas itu, barulah anda mula menguruskan taman tema anda secara rasmi. Pertama sekali, sudah tentu anda perlu kembangkan taman tema itu. Anda boleh membina apa sahaja mengikut cita rasa dan sasaran pengunjung. Terdapat banyak pilihan yang tersedia untuk anda bina dan ubah. Tetapi anda perlulah belajar serta menganalisi taman tema dahulu sebelum mulakan pembinaan. Pengunjung yang hadir mempunyai keinginan dan emosi tersendiri, jadi anda perlu menjaga mereka.

Terdapat fungsi heatmap di mana anda boleh melihat situasi semasa pengunjung. Kami rasa agak seronok semasa menguruskan taman teman ini, dan ia juga penting untuk gameplay akan datang. Paling penting sekali, anda perlu lihat tarikan apa yang diperlukan untuk menarik lebih ramai pengunjung!
Campaign 3
Masuk ke campaign ketiga pula, anda akan membina sebuah taman tema baru dan akan bertemu dengan Sofia, yang merupakan jurutera taman tema tersebut. Anda akan diajar untuk menggunakan “Impossification” semasa campaign.

Secara umumnya, anda boleh impossify segala benda dalam game ini. Contohnya flat ride, kedai dan juga staf yang bekerja untuk anda. Yang menariknya ia tiada had untuk anda yang anda boleh lakukan. Pada mulanya kami agak buntu untuk memulakan taman tema baru yang kelihatan kosong. Tetapi setelah kami membuat path dan meletakkan beberapa kedai, kami mula mendapatkan momentum game.
Ada satu lagi fungsi yang diperkenalkan semasa campaign ini iaitu “Research.” Setiap kali anda naikkan level taman tema anda, ia membolehkan anda untuk membuka benda baru dalam game. Bermakna lebih banyak flatride, kedai dan benda lain yang akan tersedia.

Exploration park
Ia lebih kepada tutorial kepada pemain yang tidak main campaign. Exploration Park tersedia dalam mode sandbox. Ada banyak cabaran tersedia untuk anda selesaikan dan semuanya berkaitan dengan pengetahuan umum game.

Sandbox Mode
Terdapat banyak ciri-ciri menarik dalam mode ini termasuklah fungsi terraforming. Jadi sebelum anda memulakan game baru, anda perlu memilih peta dan tema game, peta berbeza untuk setiap terrain dan mood. Bukan setakat itu sahaja, anda juga perlu memilih tahap kesusahan sebelum mulakan game. Kalau anda ingin bermain secara santai maka piliihlah tahap yang lebih mudah. Anda juga boleh menetapkan sendiri goal akhir sebelum mulakan game, seperti impossify semua benda dalam game atau mencipta roller coaster dan sebagainya.

Fungsi terraforming yang kami sebutkan awal tadi merupakan ciri terbaru yang diperkenalkan dalam ujian beta tertutup game. Anda boleh lakukan apa sahaja tanpa had. Sebagai contoh, anda boleh mengubah terrain daripada highland ke lain sesuka hati atau menghasilkan sungai. Fungsi ini mungkin sedikit susah untuk mereka yang tidak mempunyai idea tentang benda berkaitan 3D. Sudah bina banyak benda, mesti anda akan rasa seperti anda kekurangan ruang. Jangan risau, kerana anda boleh mengembangkan tanah anda dengan menggunakan duit.

Kesimpulan
Kami rasa game ini memberikan pengalaman yang unik dengan temanya yang menggabungkan fantasi dan realistik pada masa yang sama. Bukan setakat itu sahaja, kita juga boleh melakukan pelbagai benda gila dalam game ini tetapi kena ambil perhatian pada keuntungan taman tersebut. Keseimbangan game juga bagus. Anda boleh mengubah sesuatu mengikut gaya bermain tersendiri, yang pasti imaginasi perlulah kuat! Cuma satu benda sahaja yang kami tidak puas hati, iaitu kawalannya. Kadang-kadang agak susah juga untuk ubah sudut kamera. Selebihnya elok sahaja bagi kami. Campaign yang tersedia juga rasanya boleh jadi lebih baik kalau fokus pada satu taman tema berbanding menghasilkan sesuatu yang baru dalam campaign seterusnya. Rasa seperti rugi pula usaha yang digunakan pada campaign lalu terbuang begitu sahaja.

Walaupun begitu, kami rasa Park Beyond boleh menjadi satu game yang menyeronokkan untuk anda mainkan. Apabila anda mula membina taman tema anda, susah juga untuk berhenti selepas itu.
Park Beyond akan dilepaskan pada 16 Jun ini di PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Park Beyond daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post