Peminat filem seram pasti kenal pada francais Paranormal Activity, filem seram yang dihasilkan oleh Blumhouse Productions. Nampaknya francais itu akan mendapat game baharu daripada DreadXP dan DarkStone Digital, pencipta The Mortuary Assistant, game seram indie yang fokus kepada kerja-kerja dalam bilik mayat yang popular sejak pelancarannya.
Pengumuman mengenai game baharu “Paranormal Activity: Found Footage” melalui teaser baharu yang dikeluarkan. Anda boleh tonton teaser tersebut dibawah.
Tidak begitu banyak maklumat yang didedahkan melalui teaser tersebut, walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang telah didedahkan melalui Variety.
Dilaporkan bahawa game ini akan membawa gaya found-footage dalam cara baharu yang mengejutkan, membawa peminat menyelami cerita yang mengembangkan lore dan dunia filem tersebut. Game tersebut akan dilancarkan di pelbagai platform dan akan mempunyai versi advanced untuk “Haunt System” yang akan mengubah ketakutan yang akan dihadapi pemain berdasarkan tindakan mereka.

Kalau anda pernah bermain The Mortuary Assistant, rasanya anda sendiri tahu bagaimana keseraman game tersebut. Kami pasti game baharu ini tidak akan mengecewakan peminat francais mahupun game seram.

Paranormal Activity: Found Footage dijadualkan untuk lancar pada tahun 2026. Buat masa ini, platform untuk game ini masih lagi dirahsiakan. Jadi nantikan kemas kini akan datang. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post