Peminat setia BoBoiBoy bakal menikmati sebuah kisah yang penuh kelainan apabila filem animasi terbaru, Papa Zola: The Movie – Game On, ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Disember 2025.
Diarah oleh Nizam Razak bersama Raja Nukman Raja Mohd Noordin, filem ini merupakan spin-off kepada siri popular BoBoiBoy, kali ini memberi tumpuan kepada watak guru kelakar yang sering membuat silap, Papa Zola.
Dihasilkan oleh MONSTA, filem ini membawa kita kembali ke zaman muda Papa Zola dan mendedahkan bagaimana dia terperangkap dalam dunia permainan video—sebelum peristiwa yang kita kenali dalam siri asal BoBoiBoy.

Dalam cerita ini, bumi diancam oleh sekumpulan makhluk asing yang menggunakan teknologi berasaskan kubah pengubah realiti. Mereka yang terperangkap di dalamnya berubah menjadi raksasa, lalu menimbulkan huru-hara.
Teaser menunjukkan bahawa teknologi ini digerakkan dengan Power Sphera, dan Papa Zola, bersama skuad P.A.P.A. (Zila, Kachax, dan Yonb), perlu menggagalkan rancangan jahat ini demi menyelamatkan dunia mereka.

Menurut Nizam Razak, filem ini menawarkan pendekatan lebih matang dengan menampilkan watak-watak utama versi dewasa. Ia juga membawa gaya baharu yang berbeza daripada gaya shonen yang sering dikaitkan dengan BoBoiBoy.
Watak-watak seperti Oboi dan Opal pula hanya muncul sebagai watak sampingan (memandangkan mereka adalah punca Papa Zola dapat dikeluarkan daripada dunia permainan video.

Kisah filem ini berlatar di Kolumpo, sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan daripada Kuala Lumpur, serta Bintang Hill, versi fiksyen Bukit Bintang. Antara lokasi menarik termasuk Stesen Keretapi Kolumpo dan kemunculan semula Bas Mini pink, yang digunakan sebagai markas bergerak pasukan P.A.P.A.

Filem ini turut memperkenalkan Cimubot, Power Sphera baharu yang memiliki kuasa simulasi. Barisan pelakon suara juga terdiri daripada bakat-bakat hebat industri animasi Malaysia:
- Nizam Razak sebagai Papa Zola
- Ieesya Isandra sebagai Pipi Zola
- Ezdiani Ahmad Fawzi sebagai Mama Zila
- Anas Abdul Aziz sebagai ?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi, lawak dan kekecohan Papa Zola: The Movie – Game On di layar perak Disember ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post