Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SEA Games 2019] Panel interview bersama orang lama industri Esports! Cita-cita Esports untuk membuat debut di Olimpik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2019 - Updated on June 28, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Bimbingan, Esports, Temuramah
0 0
0
[SEA Games 2019] Panel interview bersama orang lama industri Esports! Cita-cita Esports untuk membuat debut di Olimpik!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya percaya semua orang tahu bahawa kejohanan Esports di SEA Games 2019 sudah bermula! Kami di Gamer Santai telah mendapat peluang untuk turut serta dalam temuramah SEA Games 2019 Esports pertama bersama media lain. Mereka yang ditemuramah ialah Razer Global Gaming Director – David Tse, Game Developers Association Chairman dari Filipina – Alvin Juban, Esports Association Secretary dari Singapura – Kelvin Tan, Acting Chairman untuk Persekutuan Esports Thailand – Samart Assarasakorm, Pembantu Pengurus pasukan Esports Indonesia – Erlangga Putra, dan Firdaus Hashim, Pengurus Pasukan Esports Malaysia. Tidak ingin banyak cakap, mari kita lihat isi-isi temu ramah ini.

Semasa membincangkan situasi dan perkembangan masa depan Esports, Razer Global Gaming Director, David Tse berkata bahawa Asia Tenggara adalah platform “free-learning” yang bagus. Kerana kejayaan Esports di SEA Games 2019, Sukan Olimpik secara aktif sedang mempelajari mengenai aktiviti dan kaedah latihan atlet Esports. Inilah adalah perkembangan semasa Esports di dunia. Seterusnya, beliau menambah bahawa Esports boleh diterapkan di sistem pendidikan universiti dan Razer bersedia untuk mempromosikan Esports dalam pendidikan asas.

“Sukan Olimpik secara aktif memahami aktiviti-aktiviti dan kaedah-kaedah latihan pemain Esports. Penyertaan Esports di SEA Games telah menjadi sebuah batu loncatan di dunia. Inilah adalah perkembangan semasa Esports di dunia. Apa yang kamu lihat adalah langkah pertama Esports, dan National Esport The Federation (NESF) dan Razer akan membantu perkembangannya secara aktif. Esports boleh menjadi salah satu pakar dalam bidang profesional, jadi terdapat banyak cara untuk menguruskan Esports. Razer juga akan membantu kerajaan untuk mempromosikan Esports dalam pendidikan untuk menubuhkan asasnya, -David Tse”

Samart Assarasakorm, Pengerusi Persekutuan Esports Thailand, menjelaskan bahawa Esports bukanlah hanya sebuah permainan video, tetapi juga sebuah peranti seperti dron atau robot. Thailand kini berusaha untuk bekerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara lain untuk menjadi tuan rumah bagi pelbagai permainan video.

“Sebenarnya, Esports telah mengalami banyak halangan. Ini tidak dapat dinafikan. Sebagai anggota National Esport Federation (NESF) yang menyertai SEA Games, saya harus terima fakta ini dan teruskan usaha. Sudah tentu, kita akan cuba bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menganjurkan kejohanan sendiri. Saya ingin melihat sebuah versi Esports untuk Suzuki Cup, -Samart Assarasakorm”

Presiden kepada Philippine Game Developers Association, Alvin Juban, mempunyai analogi lucu bahawa taufan pun tidak akan menghalang sokongan orang ramai untuk Esports . Beliau telah berkhidmat dalam bidang permainan video selama 10 tahun, dan kagum melihat perkembangan permainan video selama 10 tahun ini. Kelvin Tan, Secretary-General untuk Singapore Esports Association, juga mengatakan bahawa Esports adalah projek yang boleh disertai oleh kerajaan.

“Taufan muncul dengan sangat kerap di Filipina. Tetapi saya sangat gembira dengan segala yang terjadi hari ini. Sebenarnya kami hanya mendapat berita tentang SEA Games pada November 2018 dan telah berjaya menguruskan acara ini dalam tempoh yang singkat. Esports adalah cara yang bagus untuk menunjukkan kepada ibu bapa apa yang remaja lakukan. Beritahu ibu bapa tentang matlamat kamu, dan ia akan mengubah segala-galanya, -Alvin Juban”

“Untuk mempromosikan Esports, kita mesti melakukan segala-galanya untuk menjadi Esports satu projek yang boleh disertai oleh kerajaan. Dapatkan perhatian kerajaan, melabur untuk negara bagi perkembangan dan menyokong pembangunan golongan pemain muda. Saya sangat gembira dengan kerjasama rakan-rakan kongsi dan semua negara Asia Tenggara dalam kemajuan kami ini, – Kelvin Tan”

Erlangga Putra, pembantu pengurus pasukan Esports Indonesia, memberi indikasi bahawa potensi kemajuan Esports pada masa depan sangat hebat dan bagi menjawab kepada masalah ketagihan permainan video, Firdaus Hashim atau lebih dikenali sebagai MasterRamen , pengurus pasukan Esports Malaysia, memberikan pelbagai kaedah pencegahan yang baik.

“Jika pelajar mahu menyertai mana-mana aktiviti kokurikulum Esports di kolej, kami tidak akan menghalang mereka bermain, – Erlangga Putra”

“Malaysia bukan sahaja mendapat faedah daripada Esports. Kami telah menubuhkan beberapa budaya permainan video yang sihat untuk memastikan golongan muda tidak ketagih dan semua orang pasti bermain permainan video, tetapi Esports merupakan sebuah pekerjaan, – MasterRamen”

Semasa melihat pasukan Malaysia di atas pentas, saya sendiri bangga untuk mereka! Moga-moga Esports di dunia akan terus maju dan menjadi satu budaya yang positif pada masa akan datang. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang SEA Games 2019, anda boleh menonton di Facebook, Twitch, Razer dan YouTube. Jangan lupa untuk menyokong pasukan Malaysia di acara dan doa agar mereka kembali di Malaysia dengan kemenangan!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsMalaysiasea games 2019
Previous Post

Acer Malaysia meraikan 12.12 dengan pelbagai promosi & diskaun GEMPAK!

Next Post

Segalanya yang anda perlu tahu tentang expansion terbaru, Descent of Dragons!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Segalanya yang anda perlu tahu tentang expansion terbaru, Descent of Dragons!

Segalanya yang anda perlu tahu tentang expansion terbaru, Descent of Dragons!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd