Kebanyakkan game mobile memang percuma untuk anda mainkan, tetapi mesti ada pembelian in-game kalau anda inginkan sesuatu. Lebih-lebih lagi untuk pemain gacha. Kami tahu ramai pemain mobile yang terlebih bajet apabila bermain game seperti ini, termasuklah yang membeli skin eksklusif yang akhirnya tidak dipakai. Jadi, kami ingin berikan panduan mudah untuk anda yang ingin berjimat untuk game mobile. Tanpa membuang masa, berikut ialah panduan untuk bermain game mobile secara bajet!
Misi harian / Login harian

Kebanyakkan game mobile pasti mempunyai misi tersedia setiap hari untuk anda selesaikan. Walaupun ganjarannya kadang-kadang sikit, tetapi masih boleh untuk memberikan item atau currency yang diperlukan oleh pemain. Contohnya Wild Rift, yang akan memberikan anda point untuk membuka chest mingguan. Sudah tentu jika anda login setiap hari, terdapat ganjaran kecil yang diberikan. Kalau setiap hari anda berjaya login dan selesaikan misi, sudah tentu item yang diperoleh masih cukup untuk digunakan dalam game.
Acara

Kalau anda suka bermain game anime, terdapat pelbagai acara yang akan berlangsung setiap 2 minggu ataupun sebulan, mengikut game mobile masing-masing. Dalam acara tersebutlah tempat anda untuk melombong segala ganjaran yang tersedia untuk digunakan kepada watak ataupun senjata. Kadang-kadang ada juga ganjaran yang memberikan kad watak secara percuma khas untuk acara yang dijalankan. Jadi, memang berbaloi kalau anda menghabiskan masa bermain jika ada acara yang berlangsung.
Sambutan

Game mobile mana yang tidak menyambut apa-apa perayaan, paling tidak pun mesti ada menyambut ulang tahun game ataupun sambutan hari krismas. Waktu beginilah anda sebagai pemain perlu ambil peluang. Mesti banyak login bonus ataupun misi khas yang akan diberikan. Tidak termasuk lagi dengan ganjaran khas yang hanya boleh didapatkan melalui sambutan seperti ini. Promosi atau pek khas juga selalu tersedia kalau pemain ingin topup gem untuk gacha. Senang cerita memang boleh bajet habis jika ada sambutan khas yang diadakan dalam game.
Promosi/ Diskaun

Kadang-kadang terdapat diskaun atau promosi yang dijalankan, memberi pilihan kepada pemain untuk membeli item, currency gacha, skin dan macam-macam lagi. Jika anda seorang pemain P2P (Pay to Play) boleh gunakan peluang ini untuk membeli item yang diingini. Tetapi kalau boleh sediakan bajet khas untuk promosi seperti ini. Kalau tidak pasti anda akan terboros atau membeli melebihi duit poket anda.
Terdapat juga game mobile yang perlu dibayar untuk bermain contohnya seperti Minecraft atau GTA. Kadang-kadang memang susah untuk mendapatkan diskaun untuk game berbayar seperti ini. Jadi, lebih baik anda wishlist game mobile yang ingin dibeli. Apabila game tersebut mendapat diskaun, barulah anda membelinya.
Tumpukan kepada satu perkara

Pemain gacha selalu ada masalah di mana mereka terlebih menggunakan wang semata-mata gacha. Terutamanya pada game mobile yang mempunyai ramai watak. Membuatkan mereka rasa untuk kumpulkan segala watak yang ada. Tetapi lebih baik kalau anda tumpukan kepada satu item atau watak yang anda sangat perlukan. Contohnya watak kegemaran ataupun meta. Kalau watak meta sudah tentu ia lebih berguna semasa bermain. Watak kesukaan pula boleh menjadi koleksi malah banner watak juga akan sentiasa berulang. Melainkan game yang anda main mempunyai “limited banner” di mana anda hanya boleh mendapatkan watak tertentu dengan masa terhad.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Harap-harap panduan yang kami berikan mampu membantu anda untuk bermain game mobile secara bajet. Kami akan membuat panduan bajet lain pula akan datang. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk segala liputan mengenai game, anime, manga dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post