Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Panduan untuk beli game PC secara bajet! Jom jimat duit!

safwan by safwan
June 1, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Microsoft, Panduan, PC
0 0
0
Panduan untuk beli game PC secara bajet! Jom jimat duit!
Share on FacebookShare on Twitter

Kebanyakan game PC adalah berbayar untuk dimainkan, namun harga setiap game itu adalah berbeza. Ada yang murah, mahal dan percuma tetapi kebiasaannya ramai yang mengidamkan game mahal seperti Cyberpunk, Elden Ring dan banyak lagi. Hal ini kerana, game tersebut menawarkan ciri-ciri yang tidak ada pada game lain. Tahukah anda, sebenarnya kita boleh berjimat dalam pembelajaan game di PC. Tanpa membuang masa, berikut ialah panduan untuk bermain game PC secara bajet.

Perbandingan harga

Sebelum anda membeli game, sudah semestinya kita akan membuat pilihan bijak kan. Kita bermula dengan membuat perbandingan antara pelbagai kedai digital seperti Steam dengan Epic Games, yang mana lebih murah. Jika nak buka setiap satu daripada kedai digital tersebut, memang leceh dan banyak kerja.

Nak lagi senang, anda boleh sahaja pergi laman web IsThereAnyDeal. Disana, anda boleh cari game yang diinginkan dan mereka akan senaraikan semua kedai digital berserta harga daripada mahal hingga ke paling rendah.

Sale

Banyak sale akan dijalankan setiap tahun yang akan memberikan harga promosi pada setiap launcher game. Walaupun sesetengah game tersebut akan mendapat promosi yang sedikit, sekurang-kurangnya anda mempunyai baki lain untuk membeli game seterusnya.

Contohnya Epic Games Store, mereka sedang menjalankan MEGA Sale dan memberikan potongan harga sehingga 75%. Selain itu, mereka turut memberikan kupon 25% bagi setiap game yang anda beli pada harga RM 60 ke atas. Cuba anda bayangkan, dah lah dapat promosi kaw-kaw tambah pula dengan kupon yang diberi. Memang jimat habis kalau beli game dekat Epic Store.

Game percuma

Selain mendapatkan promosi kaw-kaw di Epic Games Store, anda juga boleh tebus game percuma di sana. Game yang diberi pun bukan calang-calang punya game. Untuk minggu ni sahaja dia bagi game 3-dalam-1, BioShock: The Collection. Mungkin selepas ini game yang lebih hebat pula kan.

Seperti sebelum ini, mereka telah memberikan 2 atau 3 game sekali gus secara percuma. Tetapi biasalah nama pun game percuma, kadang-kadang ada juga game yang tidak pernah dengar. Benda pun dah percuma kan, kita sebagai pengguna haruslah bersyukur dan terima seadanya walaupun tidak akan bermain game tersebut.

PC Game pass

bajet game PC

Anda juga boleh bermain game dengan menggunakan PC game pass yang ditawarkan oleh Microsoft. Dengan menggunakan game pass, anda boleh berjimat dengan lebih banyak dan dapat bermain game yang anda mahukan. Game pass menyediakan lebih 100 game berkualiti tinggi untuk anda main. Daripada Xbox Game Studio hingga ke game indie, semua ada.

Selain itu, mereka juga akan menambah senarai game dari semasa hingga ke semasa. Game pass ini dilengkapi dengan EA play lagi. Jadi, anda yang ingin bermain game dari EA, memang sangat berbaloi. Di Malaysia, anda boleh dapatkan PC Games Pass dengan berharga RM 5 untuk 3 bulan tetapi untuk bulan seterusnya anda perlu membayar sebanyak RM 15. Dengan harga RM 15, anda boleh bermain game yang diinginkan dengan sepuas-puasnya.

Beli secara Bundle

Jika anda berminat untuk bermain game yang mempunyai sekuel, saya sarankan untuk mendapatkannya secara bundle. Contohnya seperti BioShock: The Collection di mana ianya terkandung 3 game sekali gus dan anda akan lebih jimat berbanding nak beli setiap satu game.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Harap-harap panduan yang kami berikan mampu membantu anda untuk bermain game PC secara bajet. Jika anda berminat nak tahu panduan untuk bermain game mobile secara bajet, sila klik di sini. Ikuti Gamer Santai untuk lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bajetEpic Games MEGA SalePC Game Pass
Previous Post

Taman tema pertama animasi Malaysia, Upin & Ipin akan dibuka di Cyberjaya

Next Post

Preview Diablo Immortal (akses awal) – Perkara penting yang anda perlu tahu!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Preview Diablo Immortal (akses awal) – Perkara penting yang anda perlu tahu!

Preview Diablo Immortal (akses awal) - Perkara penting yang anda perlu tahu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd