Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Panduan] Senarai watak UR untuk anda REROLL dalam My Hero Ultra Impact!

Maira by Maira
February 9, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Panduan
0 0
0
[Panduan] Senarai watak UR untuk anda REROLL dalam My Hero Ultra Impact!
Share on FacebookShare on Twitter

My Hero Ultra Impact akan membuka servernya tidak lama lagi! Untuk anda yang ingin bermain game ini, ia mempunyai sistem gacha untuk mendapatkan watak yang anda ingin mainkan. Sudah tentu anda mempunyai watak kegemaran dan peratusan untuk mendapatkannya sudah tentu susah. Jadi, kami telah ingin memberikan anda panduan untuk reroll gacha dalam My Hero Ultra Impact!

Cara untuk reroll dalam My Hero Ultra Impact sangat mudah. Anda hanya perlu selesaikan tutorial dan lakukan 10 pull. Tidak ada had untuk berapa banyak watak UR yang boleh didapatkan. Jadi, anda hanya perlu reroll sehingga mendapat hasil yang memuaskan. Anda tidak perlu untuk uninstall dan muat turun game ini semula untuk reroll.

Sebelum kita melihat senarai watak untuk My Hero Ultra Impact, jika anda betul-betul mahu reroll, kami cadangkan anda menarik tiga watak UR. Walaupun tiga watak UR yang anda dapat bukan antara yang teratas, masih banyak lagi watak UR yang akan ditambah ke dalam game. Kesemua watak ini akan dibahagikan melalui warna dan anda sekurang-kurangnya memerlukan sebuah pasukan yang mempunyai kesemua warna tersebut.

Berikut adalah senarai watak mengikut peringkat:

S Tier

  • Blue Katsuki Bakugo
  • Peranan: Damage Dealer
  • Tag: U.A Student | 1-A Student | Hero | Lelaki

Dalam My Hero Ultra Impact, Biru dianggap sebagai warna terbaik secara keseluruhan. Antaranya ialah Blue Bakugo, yang merupakan damage dealer yang menakjubkan untuk pasukan biru. Apa yang menjadikannya sangat berkuasa adalah kemahiran Auto miliknya. Selagi HPnya melebihi 50%, dia akan mempunyai kekuatan serangan yang besar. Digabungkan dengan sokongan hebat yang ditawarkan oleh watak Biru yang lain, Bakugo antara unit terbaik untuk anda reroll.

  • Green Shoto Todoroki
  • Peranan: Damage Dealer (Status Effect)
  • Tag: U.A Student | 1-A Student | Hero | Lelaki

Green Todoroki ialah watak yang sangat mantap dan boleh dibawa sendiri. Todoroki pakar dalam Freeze dan Burned musuh. Kemahiran api tersebut sangat baik jika digunakan bersama-sama Bakugo, di mana serangan PLUS ULTRA memberikan lebih banyak damage kepada musuh yang terbakar. Freeze pula merupakan kebolehan crowd control. Musuh akan stun untuk satu pusingan dan serangan seterusnya dijamin kritikal. Todoroki juga akan Freeze musuh jika dia berada dalam tahap 30%.

  • Blue Momo Yaoyorozu
  • Peranan: Healer
  • Tag: U.A Student | 1-A Student | Hero | Perempuan

Jika Blue Bakugo ialah emas untuk damage dealer, Blue Mono pula emas sebagai watak sokongan. Naib presiden kelas 1-A ini merupakan tulang belakang untuk pasukan biru. Dia menawarkan Power buff untuk pasukan warna sama. Tambahan pula, dia boleh menyembuhkan pasukan, jadi jika anda membawa Bakugo sudah tentu HPnya tidak akan kurang daripada 50% untuk buff kuasanya. Momo juga mampu untuk mengisi gauge PLUS ULTRA dengan lebih pantas. Anda mungkin tidak mahu terlepas mendapatkannya semasa reroll.

  • Green Ochaco Uraraka
  • Peranan: Healer
  • Tag: U.A Student | 1-A Student | Hero | Perempuan

Green Ochaco ialah satu lagi watak sokongan yang luar biasa. Seperti Blue Momo, Green Ochaco menyediakan Power buff untuk pasukan hijau. Walaupun dia boleh heal, Ochaco lebih bersifat defensif berbanding Momo dan bagus dalam memastikan pasukannya terus hidup. Dia boleh membantu pasukan anda mengelak serangan musuh. Selain itu, dia juga boleh meningkatkan critical rate pasukan anda. Dia juga salah satu daripada beberapa watak yang boleh menyerang balas musuh.

A Tier

  • Red Eijiro Kirishima
  • Peranan: Tank
  • Tag: U.A Student | 1-A Student | Hero | Lelaki

Red Kirishima ialah unit hebat yang dibina untuk tank. Kebanyakan daripada kebolehannya mengurangkan damage yang diterima atau mengarahkan serangan musuh terhadapnya. Dia juga boleh menentang serangan biasa musuh seperti Green Ochaco. Dia juga memberikan Power buff kepada unit merah. Dia akan menjadi salah satu watak merah yang lebih baik apabila unit UR merah lain seperti Overhaul keluar dalam game pada masa depan.

  • Green Hawks
  • Peranan: Support
  • Tags: Hero | Pro Hero | Lelaki

Kit untuk Green Hawks tertumpu pada kelajuan dan pengelakan. Digabungkan dengan Green Ochaco, pasukan anda akan menjadi sangat sukar untuk dibunuh. Hawks juga boleh buff satu ally untuk melakukan serangan biasa dua kali. Secara keseluruhan, Wira pantas ini menawarkan utiliti yang hebat dari segi serangan dan pertahanan.

  • Purple All For One
  • Peranan: Support
  • Tag: League of Villains | Villain | Lelaki

Villain legenda ini pakar dalam menjadikan villain lain lebih kuat. All For One ialah watak teras dalam pasukan Villain yang boleh buff critical rate Villain lain. Kebolehannya juga boleh mengurangkan cooldown untuk kebolehannya dan pasukan yang boleh membawa kepada kesan yang dahsyat. Anda perlu menunggu watak villain lain keluar untuk memanfaatkan sepenuhnya kebolehan AFO.

  • Purple Tomura Shigaraki
  • Peranan: Support/Damage Dealer
  • Tag: League of Villains | Villain | Lelaki

Purple Shigaraki ialah satu lagi unit teras untuk Villain, terima kasih kepada kebolehannya yang meningkatkan kuasa serangan Villain. Shigaraki juga memberikan damage bonus terhadap Pro Hero pada kesemua skillnya. Jadi, dia merupakan watak counter yang hebat melawan Pro Hero.

  • Yellow Shota Aizawa
  • Peranan: Support
  • Tag: U.A. Teacher | Hero | Pro Hero | Lelaki

Walaupun Purple Shigaraki meningkatkan kuasa serangan Villain, Yellow Aizawa melakukan perkara yang sama untuk Pro Hero. Kit Aizawa juga tertumpu pada membuang buff musuh dan menghalang mereka daripada menggunakan skill. Walaupun hanya Hawks tersedia sebagai Pro Hero semasa pelancaran, Aizama akan menjadi lebih baik pada masa depan selepas watak lain ditambah.

B Tier

  • Yellow Izuku Midoriya
  • Peranan: Damage Dealer
  • Tag: U.A Student | 1-A Student | Hero | Lelaki

Kit Yellow Deku tertumpu pada menangani damage berdasarkan kelajuan yang dia miliki. Oleh itu, dia sesuai digabungkan dengan Hawks. Malangnya, jika dibandingkan dengan unit UR lain, Yellow Deku tidak mempunyai damage yang banyak. Jika dibandingkan dengan Blue Bakugo, Yellow Deku ternyata lebih lemah.

  • Red Izuku Midoriya
  • Peranan: Damage Dealer
  • Tag: U.A Student | 1-A Student | Hero | Lelaki

Red Deku adalah damage dealer yang hebat, tetapi banyak kebolehannya menyebabkan self-damage. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakannya. Serangan PLUS ULTRA miliknya membolehkan dia menangani lebih banyak damage apabila HP-nya lebih rendah. Jika anda benar-benar mahu menggunakan Red Deku, pastikan anda membawa Red Kirishima yang boleh menarik perhatian musuh.


Itu sahaja yang maklumat watak UR yang boleh kami berikan kepada anda. Harap-harap ia berguna apabila anda ingin reroll dalam My Hero Ultra Impact nanti. Game ini sudah boleh di muat turun melalui gedung aplikasi masing-masing dan servernya akan dibuka pada 9 Februari jam 2 petang nanti.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini, sila klik pautan ini.

Sumber: Gamerbraves

Pra-daftar di sini
MY HERO ULTRA IMPACT
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
My Hero Ultra Impact merupakan sebuah game mobile RPG 3 vs 3 dengan watak dan villain yang anda semua lihat dalam siri anime, My Hero Academia. Alami kisah daripada siri tersebut dari detik perjumpaan pertama Deku dan All Might!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero Ultra ImpactPanduanreroll
Previous Post

[Unboxing] Saint Cloth Myth EX Hypnos dari Tamashii Nations!

Next Post

Unboxing – PS5 cover & DualSense ‘Galaxy Collection’

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Unboxing – PS5 cover & DualSense ‘Galaxy Collection’

Unboxing - PS5 cover & DualSense 'Galaxy Collection'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd