Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Panduan menonton mengikut timeline Gundam selepas Universal Century

safwan by safwan
June 14, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Panduan
0 0
0
Panduan menonton mengikut timeline Gundam selepas Universal Century
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa je tidak kenal Gundam? Salah satu francais anime mecha terbesar yang terdiri daripada rancangan TV, filem, OVA dan banyak lagi. Dengan begitu banyak cerita dari generasi pertama hingga kini, sudah pasti ianya mempunyai timeline yang sukar untuk diketahui. Tetapi jangan risau, kami di sini akan menyediakan panduan untuk menonton anime Gundam mengikut timeline dari awal hingga akhir.

Berikut adalah Timeline-nya:

  1. Universal Century
  2. Future Century
  3. After Colony/Mars Century
  4. After War
  5. Correct Century
  6. Cosmic Era
  7. Anno Domini
  8. Advanced Generation
  9. Regild Century
  10. Post Disaster

Pada bulan yang lepas, kami telah kongsikan panduan untuk menonton di Universal Century dan kali ini kami akan meneruskan dengan Future Century, After Colony(AC), After War dan Correct Century.

Future Century

Future Century akan menceritakan tentang Domon Kasshu yang menyertai Kejohanan Gundam ke-13 untuk mencari seorang lelaki dalam gambar yang dia bawa bersamanya. Dia merupakan seorang pilot Gundam yang dikenali sebagai Shining Gundam.

Dalam timeline Future Century, hanya terdapat satu siri iaitu Mobile Fighter G Gundam yang telah dikeluarkan pada tahun 1994 selepas 15 tahun siri original ditayangkan. Untuk melebarkan sayap francais Gundam, timeline baharu telah tercipta dan ia merupakan timeline pertama yang lain daripada UC.

Kebanyakan siri Gundam akan melibatkan perang besar dan menampilkan pertempuran mobile suit yang epik di angkasa tetapi Mobile Fighter G Gundam menceritakan tentang kejohanan pertempuran berasaskan Gundam yang berlangsung setiap 4 tahun. Juara kejohanan tersebut akan diberi nama sebagai “ruler of space”.

  1. Mobile Fighter G Gundam

After Colony (AC)

Belaku pada tahun After Colony 195, Gundam Wing memulakan Operation Meteor dengan misi membalas dendam terhadap The Organization of the Zodiac (OZ). Siri Gundam Wing mengisahkan tentang 5 pilot remaja yang berjuang untuk musnahkan OZ. Dalam siri ini, mereka banyak memfokuskan kepada pembangunan watak dan politik daripada pertempuran Gundam.

  1. Mobile Suit Gundam Wing
  2. Gundam Wing Endless Waltz

After War

Dalam timeline ini, mereka akan menceritakan keadaan dunia selepas 15 tahun Space War ke-7 berakhir. Terdapat kumpulan tentera upahan yang dipanggil Vultures yang memulakan misi penyelamat dan mengangkut barangan untuk mendapatkan wang.

Kisah ini bermula dengan protagonis, Garrod Ran bekerja untuk menyelamatkan Newtype Tiffa Adill daripada Vultures. Semasa bekerja, dia terjumpa Gundam X di kilang terbiar dan menggunakan Mobile Suit tersebut untuk menyelamat Tiffa. Selepas misi menyelamatkan Tiffa berjaya, dia menyertai kumpulan Vultures yang baik dan mengelilingi dunia untuk menyelamatkan Newtype daripada kumpulan yang ingin mengambil kesempatan.

  1. After War Gundam X

Correct Century

Berlatarkan Correct Century 2345, Moonrace dan Earthrace bertempur untuk mendapatkan beberapa sumber Bumi yang tinggal selepas serangan meteor yang menyebabkan sebahagian bumi musnah. Turn A Gundam, mengisahkan tentang seorang lelaki remaja dari Bulan bernama Loran Cehack yang mendapati dirinya terperangkap dalam konflik ketika dia mencuba cari tempatnya di Bumi.

  1. Turn A Gundam (∀ Gundam)

Walaupun ianya nampak sedikit, tetapi lama untuk dihabiskan. Jadi, hanya berbaki lima timeline yang masih belum dikongsikan. Kami akan meneruskan lagi panduan Gundam ini pada masa akan datang. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Gundam, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: After ColonyAfter WarCorrect CenturyFuture Centurygundam
Previous Post

Promosi MSI Mid-Year Sale sedang berlangsung! Jimat sehingga RM 2400!

Next Post

Assassin’s Creed menyambut ulang tahun ke-15 dengan pelbagai kandungan hebat setiap minggu!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Assassin’s Creed menyambut ulang tahun ke-15 dengan pelbagai kandungan hebat setiap minggu!

Assassin's Creed menyambut ulang tahun ke-15 dengan pelbagai kandungan hebat setiap minggu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd