Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Swordsmith Village — Permulaan Musim Terbaru Yang Hebat!

Maira by Maira
February 27, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Pandangan Pertama, Review
0 0
0
[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Swordsmith Village — Permulaan Musim Terbaru Yang Hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ada yang tidak sabar untuk menonton musim terbaru Demon Slayer April nanti, betul tidak? Kami sempat juga berebut tiket untuk tonton fan screening Demon Slayer: To the Swordsmith Village pada minggu lalu. Jadi ini pandangan pertama kami untuk permulaan musim terbaru itu. Tanpa membuang masa, teruskan membaca!

Untuk episod pertama, ia akan mengadaptasi bab 98 – 101 manga Demon Slayer. Seperti yang kita lihat pada penghujung District Entertainment Arc, Akaza telah diseru ke Infinity Castle bersama-sama Upper Rank Twelve Kizuki yang lain. Memang serius habis adegan mereka ini, ditambah pula dengan Muzan yang nampaknya tidak berpuas hati dengan prestasi Upper Rank.

Untuk bahagian ini, Ufotable seperti bereksperimen lebih dengan CGI mereka, daripada awal episod sehinggalah tamat adegan bersama demon Twelve Kizuki. Persembahan lakonan suara Doma oleh Mamoru Miyano memang mantap habis. Sesuai sangat dengan perwatakan Dome yang bersahaja itu.

Lebih menarik sekali, ini kali pertama kita lihat Kokushibo dalam siri anime. Upper Rank One ini memang ngeri juga apabila ditayangkan di skrin besar pawagam. Meremang jadinya semasa dia “menghukum” Akaza. Apa pun, kalau anda tonton di pawagam nanti, anda pasti dapat rasakan “tension” daripada perjumpaan Twelve Kizuki ini.

Berbeza dengan pertemuan serius demon tadi, kita pergi ke suasana yang lebih santai serta jenaka di mana Tanjiro dan rakan-rakan telah sembuh dan mulakan misi masing-masing. Tanjiro yang masih belum mendapat pedang baharu akhirnya ke Swordsmith Village.

Di sana dia telah berjumpa dengan Mitsuri Kanroji (Love Hashira), Muichiro Tokito (Mist Hashira) dan Genya Shinazugawa. Boleh tahan kelakar juga apabila Tanjiro berinteraksi dengan Love Hashira kita. Seperti dalam manga, anda boleh jangkakan satu fanservice dalam episod satu ini.

Lagu opening untuk Demon Slayer: To the Swordsmith Village memang sesuai dengan arc terbaru ini. Bertajuk “Kizuna no Kiseki”, ia sebuah lagu hebat daripada band J-rock Man With A Mission bersama Milet. Kami pasti anda juga akan menyukainya nanti.

Itu sahaja yang kami boleh kongsi dengan anda kali ini. Kalau anda ingin menonton episod satu ini lebih awal, bolehlah tempah tiket di TGV Cinemas sekarang! Untuk liputan menarik lain mengenai Demon Slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerDemon Slayer S3Demon Slayer Season 3Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - To the Swordsmith VillageKimetsu No Yaiba
Previous Post

One Piece: Perang Shanks & Kid bakal bermula, SPOILER bab baharu!

Next Post

Baru 2 minggu, Hogwarts Legacy berjaya jual lebih 12 juta unit – ‘launch’ terbesar oleh WB Games!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Baru 2 minggu, Hogwarts Legacy berjaya jual lebih 12 juta unit – ‘launch’ terbesar oleh WB Games!

Baru 2 minggu, Hogwarts Legacy berjaya jual lebih 12 juta unit - 'launch' terbesar oleh WB Games!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd