Entri terbaharu dalam francais Battlefield, yang sering dirujuk sebagai Battlefield 6, sedang mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat. Dibangunkan oleh DICE dan diterbitkan oleh Electronic Arts (EA), game ini akhinya menunjukkan gameplay pertama, yang menjanjikan pengalaman ikonik kepada elemen utama francais, membezakannya daripada judul-judul terdahulu.

Mengambil latar peperangan moden, Battlefield 6 kembali ke akar permainan selepas eksplorasi dalam era sejarah dan futuristik menerusi Battlefield 1, Battlefield V, dan Battlefield 2042. Berbeza dengan pertempuran 128 pemain yang diperkenalkan dalam Battlefield 2042, kali ini ia akan menumpukan kepada pertempuran 64 pemain untuk pengalaman yang lebih strategik.

Salah satu perubahan ketara dalam Battlefield 6 adalah penghapusan sistem Specialist yang dikritik dalam Battlefield 2042. Sebaliknya, game ini mengembalikan sistem kelas tradisional yang terdiri daripada Assault, Engineer, Support, dan Recon. Pendekatan “kembali ke asas” ini turut memperkenalkan semula mekanik popular seperti kemusnahan persekitaran, menjadikannya lebih mirip kepada pengalaman Battlefield klasik yang digemari ramai.

Pembangunan game ini melibatkan beberapa studio—DICE mengetuai aspek multiplayer, Motive bertanggungjawab ke atas kempen single-player, Criterion Games membantu dalam kedua-dua mod, manakala Ripple Effect sedang membangunkan pengalaman baharu, termasuk mod Battle Royale.
Battlefield Labs
Bagi mengelakkan pelancaran bermasalah seperti yang berlaku pada Battlefield V dan Battlefield 2042, EA dan DICE menjalankan playtest terbesar dalam sejarah francais ini. Sesi ujian ini bertujuan mengemas mekanik gameplay, menstabilkan prestasi, serta menangani potensi masalah sebelum pelancaran rasmi.
Tambahan pula, pengenalan Battlefield Labs membuktikan komitmen mereka terhadap pembangunan berasaskan maklum balas komuniti.
Battlefield Labs merupakan platform ujian khas yang membolehkan pemain terpilih mencuba Battlefield 6 versi pra-alpha. Inisiatif ini memberi peluang kepada pemain untuk memberi maklum balas awal yang akan membantu memperbaiki aspek utama seperti sistem pertempuran, kenderaan, serta mod ikonik seperti Conquest dan Breakthrough.

Pemain yang berminat untuk menyertai Battlefield Labs boleh mendaftar melalui laman web rasmi. Namun, akses adalah terhad dengan keutamaan diberikan kepada pemain di Amerika Utara dan Eropah sebelum diperluaskan ke wilayah lain.
Walaupun EA belum mengesahkan tarikh pelancaran rasmi, laporan menunjukkan bahawa Battlefield 6 berkemungkinan besar akan dilancarkan pada Oktober 2025.
Untuk daftar, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post