Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Palworld Dedah Roadmap Untuk Update Akan Datang, Termasuk Finale Kepada Jalan Cerita!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 20, 2025
in Artikel, Berita, Microsoft, Open World, PC, PS5, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Palworld Dedah Roadmap Untuk Update Akan Datang, Termasuk Finale Kepada Jalan Cerita!
Share on FacebookShare on Twitter

19 Januari 2024 menandakan satu pencapaian penting bagi Palworld apabila game “survival crafting open-worl dan monster collection” ini meraikan ulang tahun pertamanya secara Early Access. Untuk memperingati acara ini, pembangun Pocketpair telah mendedahkan roadmap bagi update Palworld, melancarkan undian populariti Pal secara global, dan mengeluarkan runut bunyi rasmi di YouTube secara percuma.

Undian Populariti Pal Global

🥇Pal Ranking🥇
We are holding a worldwide popularity vote for Pals! ✨

Vote for your favourite Pal from over 180 Pals, and also vote for your favourite faction leader! 👀

Voting Site:https://t.co/lcdsxy4LWk pic.twitter.com/VrrVmKy7B6

— Palworld (@Palworld_EN) January 19, 2025

Pocketpair menjemput pemain dari seluruh dunia untuk menyertai undian populariti yang menampilkan lebih 180 Pal yang telah muncul dalam game setakat ini. Pemain juga boleh mengundi tujuh pemimpin puak musuh. Anda boleh kunjungi laman undian rasmi untuk mengundi dan menyuarakan pilihan.

Roadmap Untuk Update Masa Depan

📅Future Roadmap📅
We've been updating the game since the start of Early Access, and we'll continue to update Palworld as we prepare for the official release!

The future roadmap includes the following:
-CO-OP Crossplay
-World Transfers for Pals
-Final Boss / Ending Scenario… pic.twitter.com/k8UuMhg5r1

— Palworld (@Palworld_EN) January 19, 2025

Pocketpair secara aktif telah mengemas kini Palworld sejak pelancaran Early Access dan merancang pelbagai kandungan menarik menjelang pelancaran rasmi permainan. Antara update utama yang dirancang telahpun didedahkan melalui roadmap yang dikongsi di media sosial rasmi Palworld:

  • Cooperative cross-play untuk meningkatkan pengalaman multiplayer.
  • Pemindahan dunia untuk Pal, membolehkan pemain memindahkan Pal antara dunia.
  • Bos akhir dan senario penamat yang melengkapkan jalan cerita utama.
  • Cara baru untuk menguatkan dan meningkatkan Pal bagi gameplay yang lebih seronok.
  • Kandungan tambahan termasuk Pal baru dan teknologi baru untuk diterokai.
  • Kolaborasi menarik antara game, termasuk dengan Terraria.

Penambahbaikan Lain:

  • Penambahbaikan pada posisi objek dunia untuk visual yang lebih menarik dan fungsi yang lebih baik.
  • Kemas kini kepada Pal asas untuk mekanik yang lebih baik.
  • Penambahbaikan pada pengoptimuman bagi meningkatkan prestasi game.
  • Penambahbaikan pada pengalaman pengguna, menjadikan gameplay lebih menyeronokkan.

Runut Bunyi Kini Tersedia Secara Percuma

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, runut bunyi rasmi untuk Palworld kini boleh didapati di YouTube rasmi Pocketpair. Runut bunyi ini menyerlahkan suasana misteri dan pengembaraan, disertai video unik yang menampilkan lebih daripada 50 Pal berbeza.

Bagi yang berminat, Palworld kini tersedia dalam Early Access untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC melalui Steam dan Microsoft Store. Game ini juga boleh didapati melalui Game Pass.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PalworldRoadmap
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Ball: Sparking ZERO Umum DLC ‘Hero of Justice,’ Tambah Beast Gohan & Orange Piccolo!

Next Post

Anime Solo Leveling Memperkenalkan Sung Il-Hwan, Bapa kepada Sung Jinwoo!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Anime Solo Leveling Memperkenalkan Sung Il-Hwan, Bapa kepada Sung Jinwoo!

Anime Solo Leveling Memperkenalkan Sung Il-Hwan, Bapa kepada Sung Jinwoo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd