Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Palworld akan lancar di PC pada Januari 2024, game ala Pokemon tapi lagi gengster [SGF 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2023
in Artikel, Berita, Multiplayer, Open World, PC, Steam, Survival
0 0
0
Palworld akan lancar di PC pada Januari 2024, game ala Pokemon tapi lagi gengster [SGF 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Di Summer Game Fest hari ini, pelbagai game menarik telah diumumkan dan salah satunya ialah Palworld, sebuah game “multiplayer open-world survival crafting” yang bakal dilancarkan secara Early Access untuk PC melalui Steam pada Januari 2024. Di bawah adalah trailer rasmi:

Apa yang membuatkan game ini menarik? Bayangkan korang bermain game Pokemon tapi temanya lagi gengster dan kejam berbanding game Pokemon tipikal termasuk membunuh, menculik dan mendera dan sebagainya.

Palworld meminta pemain untuk menjalani kehidupan seharian dengan makhluk misteri bernama “Pal” atau melibatkan diri ke dalam pertarungan antara hidup dan mati dengan pemburu haram. Dalam game, anda boleh membuat Pal bertarung, membiak, membantu dalam pertanian, atau bekerja di kilang. Anda juga boleh menjual atau menyembelih Pal untuk dimakan! Walau bagaimanapun, itu dilarang oleh undang-undang.

Sinopsis
Kredit: Pocket Pair

Ciri-ciri menarik menurut Steam:

Survival – Dunia ini penuh dengan bahaya seperti kekurangan makanan, cuaca buruk dan pemburu haram. Anda mesti bersedia untuk melakukan apa sahaja jika ingin terus hidup. Anda mungkin perlu makan Pal kadang-kadang…

Membina bangunan – Mahu membina piramid? Anda boleh menyuruh Pal untuk bekerja pada pembinaan. Jangan risau; undang-undang buruh tidak boleh diaplikasikan kepada Pal.

Kredit: Pocket Pair

Bercucuk tanam – Pal berbeza mahir dalam perkara yang berbeza seperti menyemai, menyiram, menuai dan lain-lain. Bina ladang dan kebun yang menarik dengan Pal anda. Terdapat juga Pal yang boleh menduplikasikan diri mereka sendiri apabila ditanam.

Kilang dan Automasi – Amat penting untuk membenarkan Pal melakukan kerja manual. Bina kilang dan letakkan Pal di dalam. Mereka akan bekerja selama-lamanya selagi diberi makan mencukupi sehingga hujung hayat mereka.

Kredit: Pocket Pair

Penjelajahan Dungeon – Bersama Pal, anda akan selamat di kawasan berbahaya. Jika dalam bahaya, anda boleh menggunakan Pal untuk melindungi anda, yang sanggup mengorbankan nyawa untuk pemain.

Pembiakan dan Keturunan – Apabila membiak Pal, mereka akan mewarisi ciri ibu bapa. Campurkan spesies Pal yang jarang ditemui untuk membesarkan makhluk yang paling kuat!

Kredit: Pocket Pair

Pemburuan haram dan Jenayah – Spesies Pal yang terancam tinggal di kawasan larangan memburu. Jika anda menyelinap masuk dan menangkap mereka, anda akan mendapat banyak wang! Ia hanya salah di sisi undang-undang jika anda ditangkap.

Multiplayer – Game ini menyokong multiplayer. Jemput rakan anda untuk menyertai pengembaraan bersama. Sudah tentu, anda boleh bertarung dan berdagang dengan pemain lain!

Kredit: Pocket Pair

Palworld akan dilancarkan secara Early Access untuk PC melalui Steam pada Januari 2024. Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PalworldPCsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic Superstar bakal dilancarkan di PS, Xbox, Switch & PC tahun ini – Pra-tempah kini dibuka!

Next Post

Gameplay pertama Alan Wake 2 dikeluarkan, Fokus pada Saga Anderson [SGF 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Gameplay pertama Alan Wake 2 dikeluarkan, Fokus pada Saga Anderson [SGF 23]

Gameplay pertama Alan Wake 2 dikeluarkan, Fokus pada Saga Anderson [SGF 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd